Pages

Saturday 5 June 2010

Solat Rawatib


Sembahyang Rawatib ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebelum atau sesudah sembahyang fardu.


Ia terbahagi kepada 2:

(i) Sunat Muakkadah (سنة مؤكدة) - sunat yang sangat-sangat digalakkan oleh agama kerana ibadah itu selalu dikerjakan oleh Rasulullah SAW, tetapi tidak diwajibkan.

(ii) Sunat Ghairu muakkadah (سنة غير مؤكدة) - sunat yang digalakkan oleh agama tetapi kuat galakkannya tidaklah seperti Sunat Muakkadah kerana ibadah itu tidak selalu dikerjakan oleh Rasulullah SAW.


Sembahyang Rawatib yang Sunat Muakkadah ada 8 perkara:

1) 2 rakaat sebelum sembahyang fardu Subuh
2) 2 rakaat sebelum sembahyang fardu Zuhur
3) 2 rakaat sesudah sembahyang fardu Zuhur
4) 2 rakaat sesudah sembahyang fardu Maghrib
5) 2 rakaat sesudah sembahyang fardu Isya'
6) Sembahyang sunat witir sesudah sembahyang fardu Isya'
7) 2 rakaat sebelum sembahyang fardu Juma'at
8) 2 rakaat sesudah sembahyang fardu Juma'at

Sembahyang Rawatib yang Sunat Ghairu Muakkadah ada 5 perkara:

1) 2 rakaat lagi sebelum sembahyang fardu Zuhur
2) 2 rakaat lagi sesudah sembahyang fardu Zuhur
3) 4 rakaat sebelum sembahyang fardu Asar
4) 2 rakaat sebelum sembahyang fardu Maghrib
5) 2 rakaat sebelum sembahyang fardu Isya'


Sembahyang sunat sebelum sembahyang fardu dikatakan 'Qabliyyah' (قَبْلِيَّةً) dan sembahyang sunat sesudah sembahyang fardu dikatakan 'Ba'diyyah' (بَعْدِيَّةً).


Niatnya:

أُصَلِّى سُنَّةَ الصُّبْحِ/ الظُّهْرِ/ الْعَصْرِ/ الْمَغْرِبِ/ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً/ بَعْدِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Subuh/Zuhur/Asar/Maghrib/Isya' dua rakaat Qabliyyah/Ba'diyyah kerana Allah Ta'ala."


Di dalam niat bagi sembahyang fardu yang ada padanya 'Qabliyyah' dan 'Ba'diyyah', wajib disebut perkataan (قَبْلِيَّةً) dan (بَعْدِيَّةً), seperti Zuhur, Maghrib dan Isya' serta Juma'at.

Dan hukum mencampurkan Sunat Qabliyyah Muakkadah dengan Sunat Qabliyyah Ghairu Muakkadah dan juga Sunat Ba'diyyah Muakkadah dengan Sunat Ba'diyyah Ghairu Muakkadah (seperti Rawatib fardu Zuhur) adalah harus dengan satu takbiratul ihram, satu 'tahiyyat' dan satu salam. Tetapi lebih afdal jika dilakukan dua 'tahiyyat' (ada tahiyyat awal dan tahiyyat akhir) iaitu jangan dicampurkan bahkan dilakukan dengan dua takbiratul ihram, dua tahiyyat dan dua salam.


Ringkasannya:

2 – Rakaat Solat Sunat Muakkadah
2 – Rakaat Solat Sunat Ghairu Muakkadah

2 comments:

  1. Tetapi lebih afdal jika dilakukan dua 'tahiyyat' (ada tahiyyat awal dan tahiyyat akhir) iaitu jangan dicampurkan bahkan dilakukan dengan dua takbiratul ihram, dua tahiyyat dan dua salam.

    soalan: Tahiyyat awal dan tahiyyat akhir atu refer to one sembahayang 4 rakaat ka? or 2 sembahyang 2 rakaat?

    ReplyDelete
  2. Awu ah, boleh timbul muyskil yang dlm bracket atu.

    Tapi mksd "tahiyyat" di sini ialah 'tahiyyat akhir'. Yg dalam bracket ia kata "ada tahiyyat awal n tahiyyat akhir", ani pun mksdnya 'tahiyyat akhir'.

    Tani ambil contoh sbyg Zuhur ada 4 rakaat. Masa rakaat ke-2 tani baca tahiyyat awal, n masa rakaat ke-4 tani ada mbaca tahiyyat awal mcm rah rakaat ke-2 tadi n tani tarus abiskan bacaan tahiyyat akhir. So, dalam 'tahiyyat akhir' atu ada bacaan tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.

    So, jwpnnya lebih afdal tani melakukan solat rawatib yg 4 rakaat, dgn 2 sembahyang each 2 rakaat dgn 2 tahiyyat akhir.


    Wallahua'lam.

    ReplyDelete