Sunday, 11 March 2012
Thursday, 16 February 2012
BEBERAPA AMALAN SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT
MANDI
Banar pulang kitani mandi tiap hari, tapi ia boleh menjadi amal soleh
jika kita meniatkannya semata-mata kerana Allah SWT. For example, mandi
pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah S.A.W.
(Dari Ibnu Umar ra.), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
MENGHIASKAN DIRI DAN MEMAKAI
PERFUME
Kitani disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan
oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik, bersih dan harum. Dua ketiga kali sembur perfume pun cukup sudah tu..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling
baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan
solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah
ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan
solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya
dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”
(Riwayat
Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Kalau boleh, pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat. ...Hoodie/Jacket putih jaditah...
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah
pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal
dunia di kalangan kamu dengannya.” PAPAT KUKU
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Papat kuku apa jua ganya lima minit..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari,
mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Disunatkan membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari
Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan
dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan
dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)
(Riwayat Al-Baihaqi)
BANYAKKAN BERDOA
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kitani
berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita, so kitani perlulah
meminta pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala
dugaan dan cabaran sepanjang hidup.
Kita memang digalakkan untuk banyak berdoa terutama sekali
semasa waktu-waktu mustajab. Diantara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara
ini ialah
Sabda baginda yang bermaksud :
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga
selesai solat.”
(Riwayat Muslim).
(Riwayat Muslim).
BERSELAWAT
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya memperbanyakkan
lagi berselawat ke atas junjungan besar kitani Nabi Muhammad Sallahu Alaihi
Wassalam.
Sabda baginda yang bermaksud :
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah
selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan
di hadapanku.”
Tuesday, 14 February 2012
Saturday, 11 February 2012
MARRIAGE
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu, :)
Bismillahirrahmanirrahim,
The topic for Zikir Party this week is MARRIAGE. (the most awkward topic to talk about :D)
In Islam,
marriage is a blessed contract between a man and a woman, in which each becomes
“permitted” to the other, and they begin the long journey of life in a
spirit of love, co-operation, harmony and tolerance, where each feels at ease
with the other, and finds tranquility, contentment and comfort in the company of
the other. The Qur’an has described this relationship between men and women,
which brings love, harmony, trust and compassion, in the most moving and
eloquent terms:
"And among His Signs is this, that He created for you mates from among
yourselves, that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and
mercy between your [hearts]" [30:21]
It was an interesting topic to talk about and it makes us wonder, who will be our ideal mate in the future. ;)
Just remember, to love for the sake of Allah :) as marriage is considered as an act of worship (Ibadah)
Jazakillah
ps. please do come to our Zikir Party every Friday! as we allll gather for the sake of Allah :)
credits: www.wefound.org
Friday, 10 February 2012
Tuesday, 7 February 2012
Saat-saat Terakhir Nabi Muhammad SAW
Pada saat terakhir Nabi Muhammad s.a.w sedang sakit, seluruh Madinah berada dalam keadaan suram. Suasana
yang selama ini indah dan aman bersama Rasullullah, bertukar menjadi
satu tikaman duka kepada para penduduknya. Mereka semua merasa hiba
kerana kekasih mereka, orang yang paling dimuliakan oleh Allah sedang
berada dalam keadaan uzur dan sakit tenat. Tidak ada seorang sahabatpun
yang berjalan melainkan dengan wajah yang suram dan bergenang airmata.
Begitulah cinta dan sayangnya mereka kepada junjungan Rasullullah s.a.w
Pada hari Ahad, sehari sebelum hari
kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi
bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa
mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, bilalpun menuju ke rumah
Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil
menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu
Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan
linangan airmata. Menunggu seketika.
Ketika hari hampir siang dan sahabat menunggu lama, Bilal cuba
lagi ke rumah Rasullullah. Bilal berdiri dan memberi salam lagi. Lalu
baginda menyuruh Fatimah menjemput Bilal masuk.Bilal masuk dan duduk di
sisi Rasullullah dan memandang Rasullullah dengan penuh linangan
airmata.
Kemudian baginda bersabda,”aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku”
Kemudian baginda bersabda,”aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku”
Lalu bila keluar menuju masjid sambil airmatanya semakin deras
mengalir dan kesedihannya tidak bisa ditahan lagi. Bilal menyampaikan
pesanan Rasullullah kepada Abu Bakar r.a supaya menjadi imam. Pesanan
ini pula menjadikan Abu Bakar bertambah hiba. Beliau cuba berdiri untuk
menjadi imam, tetapi bila memandang ke tempat yang Rasullullah selalu
berdiri, tetapi pada saat itu kosong ketiadaan Rasullullah, lalu Abu
Bakar menangis terisak isak dengan suara yang agak kuat. Beliau tidak
mampu membendung kesedihannya lagi. Lalu beliau menangis dengan suara
yang kuat dan akhirnya pengsan.
Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.
Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas ra,
sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke
masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada
orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada
dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah
penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu
semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan
dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam
akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada
Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian
sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa
Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya
masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak
mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia
menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat
kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum
Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar
menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba
Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum.
Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat
Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang
ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil
baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit.
Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah
menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai
Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah
jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut.
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya
Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat
Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut
nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan
pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau
tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab
Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang
kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah
SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah
dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril,
apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun
menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu. Baginda SAW
bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi
yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya
pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias,
sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya
menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku
panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang
khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin
tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah
yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan
Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang
berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi
semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih
dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan
perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut
pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan
baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab:
Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas
menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari
dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika
roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril,
alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka
memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang
sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan
sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad
Rasulullah SAW.
credit: aki2004.wordpress.com
Monday, 6 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)








