Pages

Friday 20 May 2011

Sujud Tilawah :D





APAKAH SUJUD TILAWAH ITU ?
Sujud tilawah ialah sujud kerana membaca atau mendengar ayat al-Qur‘an yang disunatkan padanya sujud.
Ini bermakna sujud tilawah itu merupakan di antara adab-adab ketika membaca al-Qur‘an. Di samping sujud tilawah ketika membaca atau mendengar ayat ‘sajdah’, ada juga tuntutan-tuntutan lain yang sunat dilakukan ketika kita membaca al-Quran umpamanya:
1. Apabila membaca ayat yang mengandungi rahmat Allah maka disunatkan memohon rahmat Nya seperti mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, ampuni aku dan rahmatilah aku”
2. Apabila membaca ayat yang mengandungi azab atau siksaan maka disunatkan pula memohon perlindungan daripada azab Allah dengan mengucapkan zikir seperti berikut:
Ertinya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada azab api neraka”
3. Apabila membaca ayat tasbih iaitu yang mengandungi pujian kepada Allah umpamanya ayat  adalah disunatkan bertasbih seperti mengucapkan:
Ertinya: “Maha suci Allah”



4. Ketika membaca ayat 40 dari surah Al-Qiyamah dan ayat terakhir daripada surah Al-Tin  adalah disunatkan membaca setelah itu dengan zikir:
Ertinya: “Ya, Benar! Saya adalah dari kalangan orang yang menjadi saksi ke atas perkara itu (Allah itu berkuasa menghidupkan orang yang mati,iaitu jawapan bagi ayat   / Allah itu adalah hakim yang paling adil , iaitu jawapan bagi ayat 



5. Apabila membaca ayat 40 Surah Al-Mursalat  adalah di sunatkan untuk menyebut selepas itu dengan zikir:
Ertinya: “Kami beriman dengan Aِllah”



Semua perkara di atas sunat dilakukan oleh setiap pembaca al-Quran, termasuk imam dan juga orang yang bersembahyang secara bersendirian kerana mendengar bacaannya sendiri. Begitu juga makmum sunat ke atasnya berbuat demikian kerana mendengar bacaan imamnya atau bacaannya sendiri. Zikir-zikir kerana ayat tertentu itu adalah dibaca secara jahar (dinyaringkan) sama ada imam, makmum dan juga orang bersembahyang secara bersendirian pada sembahyang yang disunatkan menyaringkan bacaan padanya.
Perlu juga diambil perhatian bahawa lafaz zikir itu apabila di dalam sembahyang mestilah diucapkan dengan bahasa Arab dan tidak harus bahkan batal sembahyang jika dilafazkan dengan bahasa Melayu atau lainnya selain daripada bahasa Arab.
Jika perkara-perkara yang tersebut di atas ditinggalkan, tidaklah ia membatalkan sembahyang serta tidak dituntut untuk melakukan sujud sahwi kerana ia hanyalah merupakan sunat hai‘at.
Begitu juga sunat hukumnya mengucapkan zikir-zikir tersebut di atas ketika di luar sembahyang apabila mendengar ayat-ayat yang telah dijelaskan tadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

HUKUM SUJUD TILAWAH


Sujud tilawah adalah sunat menurut pendapat jumhur ulama. Manakala Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi) berkata bahawa sujud tilawah itu wajib sama ada ke atas pendengar atau pembaca.
Hukum sunat ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Syaikhain (Al-Bukhari dan Muslim) daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :
"Bahawasanya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu tentang fadhilat melakukan sujud tilawah, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Apabila anak Adam itu membaca ayat al-Quran yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata:” “Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud ia pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
AYAT-AYAT SAJDAH DI DALAM AL-QURAN
Ayat-ayat yang disunatkan sujud setelah membacanya, menurut mazhab Asy-Syaf‘ie, adalah seperti berikut:
1. Ayat ke 206 dari surah Al -A’raf.
2. Ayat ke 15 dari surah Al- Ra’d.
3. Ayat ke 50 dari surah Al- Nahl.
4. Ayat ke 109 dari surah Al- Isra’.
5. Ayat ke 58 dari surah Maryam.
6. Ayat ke 17 dari surah Al- Haj.
7. Ayat ke 77 dari surah Al- Haj.
8. Ayat ke 60 dari surah Al -Furqan.
9. Ayat ke 25 hingga 26 dari surah Al- Naml.
10. Ayat ke 15 dari surah Al -Sajdah.
11. Ayat ke 38 dari surah Fusshilat.
12. Ayat ke 62 dari surah Al- Najm.
13. Ayat pertama dari surah Al- Insyiqaq.
14. Ayat ke 21 dari surah Al -Insyiqaq.
15. Ayat ke 19 dari Al- ‘Alaq



Untuk mengenali ayat-ayat sajdah itu pada kebiasaannya, di dalam mushhaf ditanda dengan garis dan di penghujung ayat itu ditanda dengan tanda yang berbentuk seakan-akan dom masjid sementara itu di bidainya tertulis perkataan sajdah.
Adapun hikmah pengkhususan sujud pada tempat-tempat atau ayat-ayat yang tersebut di atas kerana ayat-ayat tersebut adalah merupakan pujian bagi mereka yang bersujud dan celaan bagi yang tidak bersujud sama ada secara terang-terangan ataupun secara isyarat sebagaimana yang dinaqalkan oleh Imam Al-Qalyubiy perkataan Ibnu Hajar.(Al-Hasyiyatan 1/235).


BILA WAKTU SUNAT SUJUD TILAWAH ITU DILAKUKAN ?

Sujud tilawah itu sunat dilakukan apabila ayat sajdah itu dibaca di luar sembahyang bukan pada waktu-waktu yang makruh menunaikan sembahyang sama ada ia bertujuan untuk melakukan sujud atau tidak.
Begitu juga sunat melakukan sujud tilawah ketika dalam sembahyang jika dibacakan ayat sajdah tersebut. Tetapi tidak disunatkan melakukan sujud tilawah jika membaca ayat sajdah itu semata-mata bertujuan (qasad) untuk melakukan sujud, kecuali jika ia membacanya pada sembahyang fardhu Subuh pada hari Jumaat adalah sunat ia melakukan sujud tilawah sekalipun ia bertujuan membacanya untuk sujud.
Berdasarkan keterangan di atas tidak sunat melakukan sujud pada waktu makruh menunaikan sembahyang sekalipun ayat sajdah dibaca di luar sembahyang begitu juga ketika dalam dalam sembahyang dengan tujuan membaca ayat sajdah itu untuk melakukan sujud. Bahkan jika dibaca dalam sembahyang denganqasad sujud tilawah lalu dia bersujud maka batallah sembahyangnya itu.


HUKUM MEMBACA AYAT SAJDAH


Jika ayat sajdah itu dibaca pada waktu yang dimakruhkan menunaikan sembahyang bukan untuk tujuan sujud, tidaklah dilarang membacanya tetapi tidak disunatkan bersujud padanya, namun jika dia bersujud juga tidaklah batal sujudnya itu. Begitu juga jika dibaca ayat sajdah pada waktu makruh tersebut dengan tujuan melakukan sujud tilawah selepas waktu makruh maka tidaklah disunatkan sujud dan hukum bacaannya pada ketika itu pula adalah makruh.



Berlainan halnya jika dibaca pada waktu makruh atau sebelumnya dengan maksud untuk sujud pada waktu makruh maka dihukumkan bacaannya itu haram dan sujud tersebut adalah batal dan tidak dikira.(Al-Hasyiyatan 1/235)



SYARAT-SYARAT SUJUD TILAWAH



Di dalam kitab Al-Majmuk menurut Ashhab Syafi‘ieyah bahawa hukum sujud tilawah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
(i) Bersih daripada hadas kecil atau besar dan juga bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan juga tempat.
(ii) Orang yang hendak melakukan sujud tilawah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat.
(iii) Untuk melakukannya hendaklah menghadap kiblat.
(iv) Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu. Adapun masuknya waktu sujud itu ialah sejurus sahaja ia selesai mambaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah. Jika sekiranya ia bersujud sebelum lagi habis ayat itu di bacanya atau didengarnya maka sujud tilawah itu tidak sah dan tidak memadai.



SUJUD TILAWAH DI DALAM  SEMBAHYANG
Cara untuk melaksanakan sujud tilawah itu ada dua keadaan iaitu ketika dalam keadaan bersembahyang dan di luar sembahyang.

Sujud tilawah boleh dilakukan di dalam sembahyang, bahkan hukumnya adalah sunat, sama ada sembahyang itu dilakukan secara persendirian atau berjemaah. Kedudukan makmum pula untuk melakukan sujud tilawah itu, bergantung kepada imam. Jika imam bersujud kerana ayat sajdah iaitu ayat yang menuntut sujud, maka wajib ke atas makmum mengikuti perbuatan imam dengan melakukan sujud itu kerana jika tidak, maka batallah sembahyangnya.
Sebaliknya jika imam tidak melakukannya maka makmum adalah tidak dikehendaki untuk melakukan sujud. Jika dilakukannya juga, maka sembahyangnya menjadi batal. Akan tetapi harus dan sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai memberi salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.
Jika sekiranya makmum tidak mengetahui bahawa imam telah melakukan sujud tilawah sehinggalah imam mengangkat kepalanya daripada sujud, maka tidaklah batal sembahyang makmum itu. Dia dimaafkan kerana tertinggalnya daripada perbuatan imamnya itu dan juga tidak dikehendaki melakukan sujud.

Sujud tilawah adalah sunat dilakukan di dalam sembahyang sama ada pada sembahyang yang dinyaringkan bacaan (jahar) atau pada sembahyang yang dibaca secara suara perlahan (sir). Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang tidak disunatkan menyaringkan suara, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum. (Nihayah Al-Muhtaj 2/100)
Diambil daripada illah di atas (sembahyang yang dibaca secara suara perlahan) maka begitu juga halnya pada sembahyang yang disunatkan menyaringkan suara (jahar), sunat (mustahab) bagi imam melakukan sujud tilawah setelah selesai sembahyang, jika (diketahui) jarak di antara imam dan makmum itu jauh sehingga dia tidak mendengar bacaan imam atau tidak dapat melihat perbuatan imam atau diselangi oleh dinding dan sebagainya bagi mengelakkan kekeliruan para makmum. (Nihayah Al-Muhtaj 2/100)
Adapun cara melakukannya ketika di dalam sembahyang hendaklah dia sujud dengan disunatkan dia bertakbir tanpa mengangkat tangannya kerana tangan tidak diangkat ketika hendak melakukan sujud di dalam sembahyang.
Selepas sujud iaitu bangun dari sujud tersebut untuk bangkit semula meneruskan sembahyangnya, maka disunatkan ia bertakbir. Dia tidak wajib berniat untuk menunaikan sujud tilawah di dalam sembahyang kerana ia sudah terkandung di dalam niat sembahyang (iaitu dengan terkandungnya niat sujud itu kerana bacaannya) sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Khatib.(Al-Hasyiyatan1/238) Tetapi jika ia berniat juga hendaklah jangan di lafazkan kerana dengan lafaz itu boleh menyebabkan sembahyangnya itu terbatal.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG



Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”



Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.
Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)



BACAAN ATAU ZIKIR  KETIKA SUJUD TILAWAH
Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”
Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:




Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :
Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.
Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:
Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)



APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.
HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.
BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP      
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.


  

Tuesday 17 May 2011

Buat kalian yang sedang exam




Risaunya berasas
Satu hari, ibu menelefon saya. Lama kami berbual. Di hujung-hujung perbualan, sempat ibu berpesan, "Jangan 'taksub' sangat menulis. Kalau ada exam, berhenti la dulu. Jangan terlalu fokus pada blog. Berehat lah sesekali".

Kerisaun seorang ibu yang sangat berasas. Apa tidaknya, saya masih belajar. Ditaja pula. Pastilah ibu risau. Risau kalau-kalau anaknya ini gagal dalam study. Kerisaun yang sama juga dizahirkan oleh seorang sahabat. Pernah satu hari beliau menegur, "Selalu update blog ni, tak study ke?"

Hehe.. dah tahu, bertanya pula. Kalau dah saya sedang update blog, pastinya tika itu saya tidak study.

Saya Bukan Budak U.
Saya tak pernah masuk universiti. Sekadar berada dalam kawasan, pernahlah. Maka, sistem pembelajaran saya dengan anda semua sangat berbeza. Tersangat lain. Tapi dalam banyak-banyak perbezaan, tetap wujud banyak persamaan. Saya ada exam. Saya ada cuti. Saya ada program. Tapi mungkin tidak sehebat program di universiti kalian.

Di Facebook dan blog, rata-rata sahabat sedang menghadapi peperiksaan. Ada yang sampai gugur rambut belajar. Tanda stress. Kasihan buat kalian. Moga-moga, dalam kesulitan kalian mengulangkaji, saya dapat menyelit, memberi sedikit motivasi buat kalian.

Mudah-mudahan kita sama-sama sedar, bahawa belajar itu wajib. Wajib, walaupun subjek itu bukan subjek agama. Kerana apa? kerana amanah.

Ya, kita memikul amanah. Apa kita kira bahawa kita belajar ini, tanpa ada tujuan? Kita punya matlamat. Kita punya tanggungjawab. Kita menghabiskan bertahun-tahun untuk belajar. Hasilnya, sebuah pekerjaan menunggu. Dengan itu, kita mampu membina kehidupan sendiri, tanpa menyusahkan orang lain.

Tapi ia tidak terhenti disitu.

Kita punya tanggugjawab yang lebih besar iaitu membangunkan islam melalui potensi yang kita ada. Bukan hanya kehidupan dunia yang harus dikejar, bahkan kehidupan akhirat juga perlu. Malah, ia lebih utama. Kejar akhirat, sebelum 'ia lari'.

Stress.
Bosan.
Pening.

Itu simptom yang saya alami. Sedang dan pernah dialami. Kerana itu, seorang sahabat yang sama berpesan, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang yang berbakti kepada agama? Kerana itu, jangan malas. Jangan bersikap lemah. Dan jangan manja". 

Oh! Saya pernah terlupa, bahawa perjuangan islam ini bukan untuk orang 'lemah' iaitu orang yang putus asa, orang yang malas, dan orang tidak rela bekorban.

Saya suka melihat budaya seorang sahabat ini. Dia bakal doktor. Selalu sibuk, tapi ada masa untuk mengikuti program-program keagamaan. Dalam kepadatan program, dia punya masa untuk membelek-belek buku perubatan yang dia bawa. Susah payahnya hanyalah kerana sebuah tanggungjawab, iaitu menjadi doktor yang berpegang dengan islam.

Sama halnya, dengan seorang sahabat lain, yang membawa tutorial bersama ketika mengikuti program keagamaan. Selesai program, orang lain ada yang berbual dan ada yang beribadah, tapi dia tidak. Otak dan tangannya bekerja.

Saya cemburu dengan mereka. Mereka punya masa, yang mana dengan masa itu mereka mampu melaksanakan dua kewajipan iaitu kewajipan belajar untuk kehidupan dunia dan kewajipan belajar untuk kehidupan kekal (akhirat).

Saya juga punya masa yang sama, 24 jam. Tapi apabila dekat saja dengan exam, maka saya seperti terpaksa melupakan sebentar kehidupan akhirat. Pernah, hari esoknya exam tapi malam ni ada usrah. Saya tinggalkan usrah untuk belajar. Wajar?

Pasti akan ada perbezaan pendapat. Ada yang kata ok, ada yang kata tidak. Lalu, timbul persoalan, kewajipan terhadap amanah atau kewajipan terhadap ilmu akhirat, mana lebih utama?

Maka, saya tampil dengan sebuah konklusi, 'kenapa tak mahu ambil dua-dua?'

Dalam islam, Time management bukanlah suatu yang remeh. Bahkan ia adalah sesuatu yang sangat berat dan diaggap 'berat' dalam islam. Dalam banyak hadis, Rasulallah menekankan tentang keperluan kita untuk bergera dalam beramal. Dan dalam al-Quran juga, Allah sebut فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ- Berlumba-lumbalah kalian dalam mengerjakan kebaikan.

Kita harus cepat! Maka, tidak perlu kita study last-minute, bukan? kerana kita sudah faham, bahawa study itu juga satu ibadah. 

Kesimpulan
Sejujrnya, saya kagum dengan semangat kalian. Sungguh! Dan.. ambillah semangat itu, letakkan ia dalam urusan akhirat kalian. Moga-moga, kita bukan hanya sekadar bersungguh-sungguh ulang kaji buku pelajaran, tapi tetap bersungguh-sungguh 'ulang kaji' al-Quran. Bukankah kematian itu peperiksaan yang paling besar?


Dan bukankah, SPM (sijil padang mahsyar) itu akan menentukan arah hidup kita untuk kehidupan yang kekal?

Ayuh! Kita study kerana Allah, dan kita jawab exam pun kerana Allah. Allah tak marah kalau kita gagal exam dunia, tapi Allah marah kalau exam di akhirat nanti kita gagal.

Bittaufiq wannajah and hiatus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh everyone,

We won't update regularly now since exam is just around the corner, what we hope is that you can go through to read articles here, we wil leave it open just for you. Insya Allah in the future we are planning to change how BruWick Islamic Site works. There will be new site opening, and this be left open so no worries. 


The good news sure will be implemented after exams insya Allah. More info will be posted up after that and for our next academic year. So stay tune and we will only say: Bittaufiq wannajah to all for your exams, dunia and akhirat! 

HIATUS!


Thursday 5 May 2011

How to Revise without facebook!

iPOET and Mercy Mission World launched an exclusive iWebinar on Revision on Tuesday 3rd May 9PM UK Time. Featured Aaqib from iPOET and Sheikh Sajid from Mercy Mission World. Official iWebinar Partners were: Productive Muslim, Zohra Sarwari and Rochdale Dawah Centre.
201962 218721374811869 129187933765214 975036 1581370 o 231x300 How to Revise Without Facebook   iNotes

iGEMS by Br. Aaqib and Sheikh Sajid

Lack motivation to revise? Remember Allah is watching so work hard.
Feeling very stressed with revision? Keep trust in Allah and make Dua.
Exam pressure intense? Exam of life is greater so remember Hereafter.
Getting distracted by Facebook? Turn it off and focus purely on revision.
Fancy youtube, bbc and revision? Never multi-task. One thing at a time.
- Drowning in books? Remember there is a life outside revision.
- Family expectations too high? Do your best, trust Allah and make Dua.

Aaqib's top 5 Revision Mistakes

He has recently completed a difficult degree in Maths from Birmingham University..
Mistake 1Not keeping to revision timetable
x Mistake 2: Revising on Facebook
Mistake 3Lacking motivation to Revise
Mistake 4Revising lastminute.com
Mistake 5Focusing on lecture theory more than past exam papers
-> Solution 1Form a realistic and focused timetable - Plan ahead!
-> Solution 2Turn Facebook off and focus purely on revision!
-> Solution 3Work with excellence because Allah is watching!
-> Solution 4Plan ahead. Focus. Complete revision in short blocks!
-> Solution 5Go over at least 10 years worth of past exam papers!

Revision Duas for University Students

Dua Before Studying
Allahumma infa'nii bimaa 
'allamtanii wa'allimnii 
maa yanfa' unii.
O Allah! Make useful for me what You
taught me and teach me knowledge
that will be useful to me.
Dua While Studying Something Difficult
Allahumma la sahla illama 
ja-'altahu sahla wa anta taj 
'alu al hazana etha shi'ta
sahla.


O Allah! Nothing is easy except what
You have made easy. If You wish, You
can make the difficult easy.


Final piece of advice: Remember as Young Muslims at University, every second must help us get closer to Jannah. So we can maximise our good deeds. Turn your revision into a beautiful worship purely to please Allah.

For more iGEMS visit the iPOET Page: http://www.facebook.com/iPOETOnline

Tuesday 3 May 2011

EXAM FEVAAAA~~~

Praise be to Allaah and peace and blessings be upon the Messenger and upon his family and companions.


It is that time of the year where almost all students are preparing themselves to give their worldly exams.In this highly competitive world of cut throat competition it is very important that we muslims fulfill our obligation of seeking knowledge and try to excel in walks of life. For this very purpose I have compiled a small article which gives a few guidelines to Muslim students on how to go about. For easy understanding have divided my article in 3 main parts of things to do before, during and after exams hope the points mentioned will be beneficial to the readers. May Allah(swt) guide us all to the straight path

Before Exams

Prepare well:Tie Your Camel First
One day Allah's Messenger (saw) noticed a Bedouin leaving his camel without tying it.He asked the Bedouin,"Why don't you tie down your camel?"The Bedouin answered, "I placed my trust in Allah."At that, the Prophet, sal Allahu alayhi wa sallam, said," Tie your camel and place your trust in Allah" - Tirmidhi



Lessons from this hadith
It is very important for a Muslim student that he does everything that is necessary for success and then put’s his trust in Allaah when facing the tests of this world.

A common practice which is observed today among muslims is they do are not well prepared and do not study and when they fair poorly the only excuse they give is it was Allah’s will or it was destiny.This is a very wrong attitude to have Prophet(saws) was known for his planning so were the sahabas they were always well prepared to face any type of worldly exams. Do u think they had less faith in Allah as compared to us Or Do u think you understand the religion better than them? (Naudhbillah)?

A muslim student should always be well prepared for his exams and  should seek Allah’s help whilst following the prescribed means, in accordance with the words of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) Strive to attain that which will benefit you and seek the help of Allaah, and do not feel helpless.” (Saheeh Muslim, hadeeth no. 2664)

Alwayz remember:

There is no substitute to harwork

IF U FAIL TO PREPARE BE PREPARED TO FAIL

On the day of Exams

Pack your bags one day in advance
Preparing all required or permitted equipment such as pens, rulers and setsquares, calculators and watches, because being well prepared helps one to answer questions.Essential things such as Hall Tickets/Admit cards etc and other important documents should be packed first and not be done at the last moment to avoid chaos.It is always good to be prepared.

Before Leaving the house
-Please read two units of nafil salah n ask Allah for help
-If possible do some charity even if it is like 1 rupee or else do zikr
-recite the following dua before leaving the house
It was narrated that Anas ibn Maalik (may Allaah be pleased with him) said: The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever says – when leaving his house – Bismillaah, tawakkaltu ‘ala Allaah, laa hawla wa laa quwwata illa Billaah (In the name of Allaah, I put my trust in Allaah, there is no power and no strength except with Allaah), it will be said to him: You are taken care of and you are protected, and the Shaytaan will keep away from him.” Narrated by Abu Dawood, 5095

Du’aa’ that may be recited during the exams?
There is no report in the Sunnah which suggests what can be said during the exams. The du’aa’s that are widespread among students and are said during revision or when receiving the exam papers or when stumbling over an answer or when handing in the paper, etc., all have no basis in the Sunnah, either in saheeh reports or da’eef reports. Rather they are all fabricated and are falsely attributed to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him). 
Attributing any such thing to the Sunnah when one knows that it is not part of the Sunnah makes a person one of those who tell lies against the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him). 

There are a few general duas which one may recite
When upset recite this dua
It was also narrated that Anas ibn Maalik (may Allaah be pleased with him) said: If something upset him, the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) would say: “Yaa Hayyu yaa Qayyoom bi rahmatika astagheeth (O Ever Living, O Sustainer, by Your mercy I seek help).” Narrated by al-Tirmidhi, 3524. 
A sweet Dua
It was also narrated from Anas (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “O Allaah, nothing is easy but that which You make easy and You can make hardship easy if You will.” Narrated by Ibn Hibbaan, 3/255; classed as saheeh by al-Albaani in al-Silsilah al-Saheehah, 2886. 
Dua of Younus(as)
It was narrated that Sa’d ibn Abi Waqqaas (may Allaah be pleased with him) said: The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “The prayer of Dhu’l-Noon when he was in the belly of the fish: ‘Laa ilaaha illa Anta, subhaanaka inni kuntu min al-zaalimeen (There is no god but You, glory to You, verily I was one of the wrongdoers).’ A Muslim never calls upon his Lord with these words concerning any matter, but his prayer is answered.” Narrated by al-Tirmidhi, 3505

Start with Bismillah

Important Points:

Salah and fast during Exams
The Salah and Ramadaan fast are the pillars on which Islam is based. Al-Bukhaari (8) and Muslim (16) narrated that Ibn 'Umar (may Allaah be pleased with him) said: The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Islam is built on five (pillars): the testimony that there is no god except Allaah and that Muhammad is the Messenger of Allaah; establishing regular prayer; paying zakaah; fasting Ramadaan, and performing Pilgrimage to the House (the Ka’bah).” 

Whoever does not pray or fast has abandoned one of the pillars of Islam and has committed a grave major sin. In fact, some of the salaf were of the view that such a one is a kaafir and an apostate – Allaah forbid. 
Al-Dhahabi (may Allaah have mercy on him) said in al-Kabaa'ir (p. 64): 
The believers are unanimously agreed that whoever forsakes the Ramadaan fast when he is not sick and has no other excuse for that is worse than an adulterer or one who is addicted to alcohol. They doubt whether he is a Muslim and they think of him as a heretic and deviant. End quote. 

He has an exam that will cover the time of ‘Asr and Maghrib – how should he pray?
Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) was asked: Sometimes the time for classes at school comes before the time for prayer, i.e. at twelve for Zuhr and at four-thirty for ‘Asr, and I cannot pray at school because there is no place that is suitable for prayer. Thus I am forced to offer a number of obligatory prayers together at the same time, and sometimes it is more than three obligatory prayers at once. What is the ruling on my prayer? Please advise me, may Allaah reward you with good. 

He replied: With regard to joining two prayers that may be joined, there is nothing wrong with that in this case, because it is necessary, such as joining Zuhr and ‘Asr, and Maghrib and ‘Isha’. As for joining ‘Asr and Maghrib, for example, that is not permissible because it is not permissible to delay a prayer beyond its time under any circumstances. Based on that, in this case, if she is afraid that the time for the present prayer that cannot be joined with the following prayer will end, then she should pray it in whatever way she can. So if, for example, she is going to school at the time of ‘Asr, and she cannot pray ‘Asr there, then she should join it with Zuhr at the time of Zuhr, then go to school having done what is required of her. To sum up, it is not permissible for a woman or anyone else to join two prayers that it is not permitted to join, rather one may only join two prayers that it is permitted to join, such as joining Zuhr and ‘Asr, at the time of the earlier or later prayer, and joining Maghrib and ‘Isha’ at the time of the earlier or later prayer, when there is a need for that. End quote from Fataawa Noor al-Darb. 
We ask Allaah to help you to do all that is good. 
And Allaah knows best.
Islam Q&A

Breaking the fast in Ramadaan because of exams
The Standing Committee was asked: I am going to be tested in Ramadaan for a period of 6 and a half consecutive hours, with a 45 minute break. I did the same test last year, but I could not concentrate because of fasting. Is it permissible for me to break the fast on the day of the test? 
They replied: It is not permissible to break the fast for the reason you mentioned, rather that is haraam, because it is not included among the excuses for which it is permissible to break the Ramadaan fast

Vow’s

Whoever makes a vow to do an act of worship such as praying, fasting, giving charity etc must fulfil that vow, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever vows to obey Allaah, let him do so, and whoever vows to disobey Allaah, let him not do so.” Narrated by al-Bukhaari, 6318. This applies whether the vow was connected to something happening or was made in general terms. 

It should be noted that we should not make vows, because of the report narrated by al-Bukhaari (6608) and Muslim (1639) from Ibn ‘Umar (may Allaah be pleased with him) who said: The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) disallowed making vows and said: “They do not change anything, all they do is make a miser give [in charity].” 

And al-Bukhaari (6609) narrated from Abu Hurayrah that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Allaah says: ‘A vow does not bring the son of Adam anything that I have not decreed for him, but his vow may coincide with what has been decreed for him, and in this way I cause a miser to spend of his wealth.’” 

Cheating in exams
“Verily, your Lord is Ever Watchful (over them)”
[al-Fajr 89:14]
The main reason for cheating  that is the lack of any religious deterrent, weakness of faith, and the lack of any sense that Allaah is always watching.
Messenger of Allaah SAWS (peace and blessings of Allaah be upon him) said: ‘Whoever cheats us is not one of us.’ This includes cheating in dealing with others and cheating in exams, including English-language exams. It is not permissible for students to cheat in exams in any subject, because of the general meaning of this hadeeth and other similar reports. And Allaah is the Source of strength.”

The harmful effects of cheating include:
1-     Cheating is a way that leads to Hell.
2-     It is indicative of the mean and evil nature of a person. No one does this except one who is ignoble and does not care about his soul, so he causes it to indulge in that which will cause its doom and destruction.
3-     It alienates one from Allaah and from other people.
4-     It causes one’s du’aa’s not to be accepted.
5-     It causes one to be deprived of barakah (blessing) in one's wealth and one's life.
6-     It is indicative of a lack of faith.
7-     It is the reason that leads to being overpowered by the oppressors and kaafirs. Ibn Hajar al-Haythami said: “Because of these evil actions – i.e., cheating – that are committed by traders, workers and craftsmen, Allaah caused the oppressors to gain power over them and take their wealth and violate the sanctity of their women. Indeed, He enabled the kuffaar to gain power over them, so they took them prisoner and enslaved them, and made them taste all kinds of torment and humiliation.
May Allah(swt) make us all honest .Aameen

Students giving gifts to the Teachers
 If a student has completed his studies and will be leaving the school, there is no bribery in this case. But if the teacher-student relationship will continue, there is the fear that this gift may cause the teacher to be biased in favour of that student, so that she may overlook her mistakes and not be fair to her and the other students then this is a type of bribery and should be avoided

After Exams
Advice for students during the summer break
My advice to the young people is as follows:Make use of the break to seek Islamic knowledge which is lacking;uphold the ties of kinship which you have missed out on because you have been busy with your exams; be active in calling your neighbours, relatives and kinsfolk to Islam, as you have missed out on that due to exams.

Keep in touch with good people – “And keep yourself (O Muhammad) patiently with those who call on their Lord (i.e. your companions who remember their Lord with glorification, praising in prayers, and other righteous deeds) morning and afternoon” [al-Kahf 18:28 – interpretation of the meaning]. Do not lose touch with them during the break. It may be useful to take part in programs even if that is with other good people in the area to which you will go if you do not have any of the good people from the university to be with.  

Beware of haraam things such as traveling to places of immorality or the lands of kufr, or watching haraam channels. ..Shaikh Salih Al munajjid

We ask Allaah to grant you and us strength and make us succeed in this world and cause us to be among those who are victorious and saved in the Hereafter, for He is the All-Hearing Who answers prayer.


JAZAKALLAH KHAIR FOR READING
If u like this article pls share it on your wall and forward it to all your contacts.

(a copied matter from facebook)