Pages

Sunday 13 June 2010

Puasa di Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:

"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga di anggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi SAW menyebutkan tentang kelebihan ouasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis diriwayatmu oleh At-Tabrani daripada Sa'id bin Abu Rashid bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia dari Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit: "Sesunggguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)."

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa'id (secara marfu') bermaksud:

" Bulan Rajab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka appabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakaan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)", dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimua."

Niat puasa bulan Rejab ialah:

Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala."


Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah SWT.


rujukan: Majalah Al-Hadaf 2000

1 comment:

  1. Bolehkah seseorang itu berpuasa pada hari Sabtu (atau Jumaat atau Ahad) sahaja tanpa berpuasa pada hari sebelum atau selepasnya?

    Berpuasa pada hari Sabtu bersendirian adalah makruh, iaitu tidak disertakan puasa pada hari sebelum atau sesudahnya. Ini adalah kerana Islam menghormati agama lain, dan hari Sabtu adalah hari perayaan orang-orang Yahudi, sepertimana hari Jumaat adalah perayaan orang Islam, dan hari Ahad untuk orang Nasrani. Maka, Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan kita berpuasa pada hari Jumaat sehingga Ahad jika tidak diikuti dengan puasa pada hari sebelum atau sesudahnya. Namun, puasa itu tetap sah.
    Hukum ini adalah untuk semua puasa sunat, termasuk puasa enam Syawal.

    ReplyDelete