Pages

Tuesday 27 November 2012

A Sinful Slave

 Zikir Party
23/24 November 2012


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh,
Di kesempatan yang sudah, Alhamdulillah, kita dapat berkongsi sama mengenai 'A Sinful Slave' yang setengah dari kita telah dengar dari organisasi I Am Alima (check this awesome website too~ http://iamalima.org/blog/ ).

Bila kita membincangkan mengenai wanita yang mencipta sejarah dalam Islam dan wanita terhebat dalam Islam, kita sering menyebut Siti Aisyah Ummul Mukminin,Sumayyah wanita pertama gugur mati syahid atau Khadijah yang pertama mengakui kenabian suaminya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan sebagainya. Benar, mereka semua wanita mulia dalam sejarah Islam, namun kita lupa akan ibu kepada semua manusia di muka bumi ini, yang juga isteri kepada manusia pertama diciptakan Nabi Adam Alaihissalam, iaitu Siti Hawa.

Kita lupa akan beliau kerana kita memberi alasan bahawa tidak banyak maklumat yang kita ketahui mengenai Siti Hawa. Sebenarnya cukup sudah maklumat mengenai Siti Hawa untuk kita lebih mengenali beliau. Semoga dengan artikel yang ditulis ini, sedikit sebanyak dapat kita mengenali dengan lebih dekat siapa Siti Hawa.

Hawa ialah isteri kepada Nabi Adam Alaihissalam. Beliau diciptakan untuk mendampingi Nabi Adam a.s  seperti yang termaktub dalam Al-Quran:

"Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (Q.S. Al-Baqarah [2]:35)

  Musuh terbesar mereka adalah Iblis. Kerana hasad dengki, Iblis tidak berhenti memujuk mereka untuk melanggar larangan Allah, iaitu dengan memakan buah dari pohon yang dilarang, iaitu buah Khuldi (atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'apple') sehingga sampai saat ketika hasutan Iblis mendapat kemenangan.

''Lalu setan memperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga). Dan Allah berfirman, "Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.'' (Q.S. Al-Baqarah [2]:36)

Disebabkan mereka makan buah Khuldi tersebut, mereka physically exposed. Disebabkan itulah, Hawa adalah wanita pertama yang telah hilang kehormatannya (modesty).

Meskipun mereka telah sekali melanggar larangan Allah, mereka tidak terus menerus melakukan dosa. Mereka kembali kepada Allah dengan bertaubat nasuha. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lalu Allah menerima taubat mereka. Satu pengajaran yang terbesar yang boleh kitani ambil dari cerita ini ialah jangan sesekali kitani putus asa dari rahmat Allah. Kembali lah kepada Allah dengan bertaubat sekiranya telah melakukan dosa. Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Hawa  merupakan ibu kepada pembunuh pertama di muka bumi ini, iaitu Qabil. Dalam masa yang sama beliau juga adalah ibu kepada hamba Allah yang sangat baik hati, Habil, iaitu manusia pertama yang telah dibunuh oleh saudara kandungnya sendiri dengan tidak adil. Cuba kitani bayangkan sekiranya kitani berada dalam posisi Hawa pada ketika itu. MasyaAllah. Keperitan yang ditanggung Hawa. Ketabahan dan kesabaran beliau yang tidak terhingga inilah yang patut kita contohi. Hawa mencipta sejarah sebesar wanita-wanita yang disanjung dalam Islam. Beliau lah juga, bersama suaminya Adam a.s, yang telah memulakan perjalanan taubat dari kesalahan dan kelalaian mereka sehingga mereka di turunkan ke bumi.

Jika kita renungkan kembali, pada zaman ini, berapa banyak wanita yang berdiri untuk mengembangkan dan menegakkan Islam yang kitani ketahui. Banyak sebenarnya sekiranya kita hendak selidiki satu persatu dan merekalah yang patut kita jadikan contoh atau 'role-model'. Tetapi di zaman yang serba moden ini, kebanyakkan dari kitani menjadikan artis-artis dunia hiburan sebagai role-model. Walhal mereka hanya menekankan mengenai kecantikan fizikal sahaja.

 Di dalam Islam, wanita boleh berdiri dan berani tampil kehadapan untuk memperbaiki keadaan masyarakat sekarang asal memenuhi dua syarat. Pertama:  selagi pekerjaan itu tidak melanggar aturan Islam. Kedua: selesai dan mengutamakan tanggungjawab dalam keluarga dan sebagai individu seperti ibu, pelajar, anak dan seumpamanya.

Kitani sebagai wanita tidak berani bangkit pada masa ini untuk meneruskan perjuangan Islam di dunia serba moden ini. Ini disebabkan oleh pelajaran dan juga kejayaan duniawi yang menjadi keutamaan. Sebab yang paling utuh dan paling menakutkan ialah kerana kitani tidak mendahulukan (prioritise) akhirat. Kitani lebih cenderung memikirkan pandangan orang lain iaitu hanya mengharapkan redha manusia, yang sepatutnya redha Allah menjadi keutamaan. Kita sepatutnya seimbangkan dunia dan juga akhirat.

Sebagai wanita, kita mesti ingat mengingati antara satu dengan yang lain. Kalau kitani lihat keadaan wanita sekarang, memang kitani geleng-geleng kepala melihat. Sebagai contoh, sekiranya ada wanita mempost gambar dalam facebook dan lelaki memuji kecantikan wanita tersebut dalam ruangan komen, for example "lawa jua, bulih kenalan?" Kitani memang geleng-geleng kepala, mungkin dalam hati berkata "lain jua laki-laki ani eh,inda bisai ulahnya." Tetapi sekarang apabila lelaki tampan post gambar beliau, kitani boleh lihat betapa banyaknya wanita-wanita memberi komen yang sama macam lelaki tadi, for example "ensem eh~" dan banyak lagi komen yang tidak dapat disebutkan. Hanya perkataan Astaghfirullah berulang kali yang boleh tani lontarkan apabila membaca komen mereka.

Apa yang telah terjadi kepada kaum Hawa sekarang yang sepatutnya terkenal dengan sifat pemalu?Dimana sifat malu yang mulia dalam Islam pada diri wanita? Keadaan ini seperti sudah menjadi norma kepada kita. Banyak perkara lain lagi yang patut menjadi perhatian kitani. Kita sebagai wanita Islam patut bangkit, mengingatkan semua kaum Hawa akan akhirat. Disebabkan inilah, penceramah memulakan organisasi 'I Am Alima'. (mungkin kitani patut ada jua di Brunei)

Dalam ceramah yang diberikan, kami diterangkan mengenai 'modesty'. Wanita mestilah modest. But what is modesty? Dalam bahasa melayu, modesty bermaksud kehormatan, kesopanan, kesederhanaan, dan kerendahan hati. Modesty terbahagi kepada 3 bahagian:

1) Fizikal
2) Rohani (Spiritual)
3) Intelek (Intelectual)

Seperti yang kita tahu, modest physically bermaksud memakai pakaian  yang sopan, sesuai dengan apa yang diajarkan dalam Islam iaitu pakaian yang menutup aurat.

 Modest spiritually bermaksud patuh mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Modest intelectually bermaksud sense of humility before Allah atau dalam bahasa melayu perasaan rendah hati terhadap Allah. Inilah perkara terpenting dalam tajuk modesty. Kerana, tanpa perasaan rendah hati kepada Allah, solat dan segala amal ibadah yang lainnya dikerjakan hanya seperti rutin harian. Iaitu amalan dilakukan tanpa hati, tanpa rasa takut, tanpa rasa cinta kepada Allah, tanpa perasaan ikhlas. Disebabkan inilah kita tidak khusyuk dalam mengerjakan amal ibadah.

Untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam dalam konteks modest intelectually, penceramah menceritakan mengenai kisah Maryam. Maryam ialah wanita suci yang sangat beriman dan bertakwa kepada Allah Ta'ala. Dengan kuasa dan kehendak Allah, Maryam dianugerahkan anak laki-laki yang suci tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki. Cuba kitani bayangkan keadaan Maryam ketika itu, bebagai tohmahan masyarakat yang dilontarkan kepada beliau. Beliau lalu mengandung, dan apabila sampai saat untuk melahirkan, Maryam merasa kesakitan yang amat sangat. Ketika itu beliau bersandar pada pangkal pokok kurma. Kitani pun tahu sendiri rasa sakit melahirkan ialah sakit yang sangat tidak terhingga. Hanya Allah yang Mengetahui. Allah lalu memerintahkan beliau, melalui malaikat Jibrail, untuk menggoyang pangkal pokok kurma untuk menampung kesakitan yang Maryam rasakan. (Reference: Q.S. Maryam [16]:23-25)

Kitani tahu sakit melahirkan ini tidak terhingga dan menggoyangkan pokok kurma tidak cukup untuk mengimbangi kesakitan yang dialami. Kerana Maryam tahu dan faham ini adalah suruhan dari Allah, Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu, beliau menurut juga perintah Allah dengan menggoyangkan pangkal pokok kurma. Sikap Maryam inilah yang dimaksudkan dengan spiritual modesty iaitu merendah diri kepada Allah. Beliau percaya dan yakin kepada Allah dan berasa rendah hati kepada Allah kerana beliau tahu siapa diri ini jika di bandingkan dengan Allah, Pencipta langit dan bumi dan sekalian makhluk, Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Wallahualam bisawab.

Sekiranya ada sebarang kesalahan dalam artikel ini, jangan segan-segan memberi komen dalam ruangan yang disediakan. Terima Kasih.

Wassalam.

Saturday 17 November 2012

 Zikir Party: Al Muhaiminun
16/17th November 2012


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warwhmatullah Hiwabarakatuh

Alhamdulillah, sekali lagi Zikir party dapat membuka mata, telinga dan hati kita dengan pengetahuan dan peringatan yang berguna dalam menjalani hidup seharian kitani. Al-Muhaiminun merupakan salah satu Al-Asmaa Al-Husna yang bermaksud Yang Maha Memelihara. Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita dari semua jenis mara behaya dan hasutan syaitan. Sama ada ia dapat dilihat dengan mata kasar mahupun benda halus dan ghaib.

Allah merupakan Pelindung kita, yang mana hanya pada-Nya lah kita harus beserah dan percaya akan semua aturan-Nya. "Semua yang baik datangnya dari Allah jua." Ayat ini sering kali kita perkatakan setiap kali kita selesai membuat sesuatu. Kenapa? Kerana kita percaya, Kita percaya Dia sentiasa memelihara setiap rangka dan langkah, bersama kita di setiap detik. MasyaAllah. Allah lah yang memberi petunjuk kepada mereka yang percaya kepada-Nya. Dia juga lah yang telah mengatur semua yang ada di dunia ini sepertimana ianya akan memberikan kemudahan dan berguna kepada kita.

Dalam Zikir Party kali ini juga ada mengongsikan isu yang terjadi kepada saudara kita di Gaza. Apapun yang terjadi, marilah sama-sama mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan bersama. Amin. Sesungguhnya  semua yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." -Al Baqarah, ayat 30.


Jazakillahu khair,
Wsalam

Wednesday 14 November 2012

Pernah aku coba untuk menoleh kebelakang
tapi aku mula gementar
Bukan hantu atau jembalang yang ku takuti
Sakit hati, kekecewaan selalu menyelubungi
Di kala matahari mula terbit
 Aku resah
Apa mungkin ku kan bertemu dengan mereka?
Aku hidup dalam kekecewaan seorang diri
Tapi aku tahu,
Allah ada bersama setiap hambanya
Subhanallah
Aku cuba untuk membuka hati
MenghadapNya, aku tenang
Allahu Akhbar
Detik demi detik
Aku memberanikan diri
Ku toleh ke belakang
Sadar ku
Ini lah aku
Aku telah pun berhijrah
Ingin ku untuk mendapatkan redha-Nya
Aku bahagia sekarang

-Hamba Allah
Salam Maal Hijrah

Tuesday 13 November 2012

1434AH


Assalamualaikum everyone! :)

We are reaching the end of 1433AH this Wednesday and entering 1434AH! Here are the prayers, and the translations in Malay, for ending and beginning the Hijrah year. May we all benefit from it, insyaAllah!




Selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia!

Here's to a new year. 

Love,
Bruwick.