Pages

Tuesday 26 February 2013

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh semua~
Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dalam lindungan-Nya jua, AMIN.
 
Hari ini saya akan mengongsikan antara cara untuk membersihkan hati. Terlebih dahulu, ingin mengucapkan Jazakillah Khayr kepada hamba Allah, Muslimah yang berkesudian untuk berkongsi sama ilmu yang berguna ini. (^^.)/ 
Dari Tuhan, melalui Al-Quran, Menerusi hamba Allah. Marilah kita sama-sama berkongsi sama, insyaAllah akan bermanfaat untuk semua.

Antara Cara Membersihkan Hati
1.Menjaga solat fardu, 5 Waktu
2. Sentiasa berdoa
3. Bertaubat atas segala dosa
4. Memperbanyakkan zikir (mengingat ALLAH SWT)
5. Jaga hubungan dengan Al-Quran
6. Sentiasa melakukan kebaikan
7. Rajin menuntut ilmu dunia dan akhirat
8. Menjaga makan dan minum

Dari menjaga hubungan dengan Allah SWT, kepada berbuat baik, kestabilan dunia akhirat, hinggalah menjaga tubuh badan. Aspek yang mudah, namun cukup untuk merangkumi kestabilan, demi menjaga dan membersihkan hati. MasyaAllah

---semoga berguna kepada semua--
Wassalam :)

Sunday 20 January 2013


 Zikir Party Term 2 Minggu 2
18 Januari 2013 / 7 Rabiulawal 1434

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama ALlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
 "Dan Aku (Allah SWT) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Surah 51. Adz Dzaariyaat : Ayat 56)

Bila kita lihat kesekeliling kita, terdapat pelbagai ciptaan-Nya, mahupun ciptaan manusia dengan menggunakan apa yang telah di persiapkan olehNya,, seperti pohon-pohon tanaman ciptaanNya, dengan kreatifnya, kita menjadikannya sebagai kerusi, meja dan banyak lagi. Kenapa kita menjadikan barang-barang sebegini? Sudah tentu kerana fungsinya kita mahukan. Kita mencipta kerusi untuk kita duduk padanya. Begitu juga dengan meja almari. Semua fungsi ini adalah untuk kemudahan kita, pencipta barang berikut.

Namun, apa kita pernah terpikir, kenapa kita ada di dunia? Seperti yang lain, kita tercipta juga atas alasan yang tertentu. Dalam keratan ayat (51;56) di atas, sudah jelas lagi terang bersuluh, kita, manusia yang berdiri di bumi-Nya dicipta untuk menyembah Allah SWT. Dari satu soalan ke soalan yang seterusnya. Sekarang kita tahu kenapa kita dicipta.  Namun apa kita begitu jelas dengan tugas kita dan melakukannya dengan baik dan sempurna? Beribadah kepada ALLAH diartikan menyembah kepada ALLAH. Apa sebenarnya yang diertikan dengan beribadah ini? solat 5 waktu, berpuasa, naik haji dan mengeluarkan zakat? Apa dengan mengerjakan yang lima ini kita telah pun dikatakan beribadah?beriman dan menyembahnya?

Perkataan "Ibadah" atau 'Ibadat" merupakan pekataan dari bahasa arab yang membawa maksud 'Hamba' atau "merendah diri". Kita hamba kepada Maha Pencipta, ALLAH SWT haruslah menjalani hidup ini sebagai hambanya, merendah diri, mengingat-Nya dan membuat semua pekerjaan kita dengan niat kerana-Nya. Apa sahaja yang kita kerjakan, besar kecil, semua kita niatkan demi beribadah. Satu yang kita cari dalam beribadah, redha-Nya. "Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;" (92:20).

"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”" (11:61)

Ayat di atas merupakan satu lagi bukti yang mengukuhkan tujuan kita sebagai penghuni dunia, bukan hanya menunaikan lima perkara, tetapi juga sebagai penguasa dan memakmurkan bumi-Nya. Memakmurkan dan mengolah ciptaanNya dengan niat ibadah,

”Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya ALLAH swt mengetahui siapa yang menolong agama Nya (Islam) dan Rasul-rasul-Nya padahal ALLAH swt. tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (57:25)

Subhanallah. Segala puji hanya pada-Nya juga.
Jika kita sesat, Al-quran merupakan panduan kita. Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya dalam keresahan dan kegelapan. Melalui Kitab-Nya, kita diberi tunjuk jalan yang benar, jalan yang terang untuk kembali kepada-Nya, Maha Pengampum lagi Maha Pemurah. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati kita tenteram." (13:28).

Apa yang dapat kita katakan di sini, ialah beribadah dengan hati, niat melakukan semua pekerjaan kita kerana Allah SWT. Demikian sabda Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Muslim:
 
Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa kamu,
     tetapi memandang hati dan perbuatan kamu.



“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”(6:161-162)


Sampai di sini saja yang dapat kami kongsikan. InsyaAllah, dikesempatan yang lain, dan yang seterusnya, kami akan dapat berkongsi dan sekaligus memantapkan iman kita. Sentiasa ingat kepada-Nya dan betulkan niat kita. Dan sebagai renungan bersama, saya akhiri artikel ini dengan keratan ayat dari surah Al Mu'minun, ayat 112:
"Allah bertanya: "berapa tahunkan lamanya kau tinggal di bumi?" "

Sekian
Wassalamu’alaikumm.wrwb.



:Jika terdapat sebarang kesalahan dalam artikel ini, jangan segan-segan untuk menegur dalam ruangan yang disediakan. Terima kasih. :))

Zikir Party Term 2 Minggu 1
13 Januari 2013 / 1Rabiulawal 1434


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama ALlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di bawah merupakan nota dari seorang hamba Allah yang berkesudian untuk berkongsi sama. Semoga Allah merahmati mu. :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah:
·         Kalau kitani redha dan pasrah, Allah pasti akan bagi kitani ketenangan jiwa.
·         Ni’mat yang Allah bagi arah kitani terlampau banyak
·         Manusia sering kali ‘take things for granted’.
·         E.g. We won’t sell our eyes
·         Dalam Surah Ibrahim  or An-Nahl disebutkan bahawa kitani tidak akan mampu mengira ni’mat Allah
·         Apabila kitani ada ujian e.g exam, Tanya diri sendiri macam mana hubungan kitani dengan Allah?
·         Dalam kitani menangani ujian, kitani PERLU jaga HUBUNGAN DENGAN ALLAH.

Macam mana tu?  Some Tips:
1.       Perlu ingat apabila kitani jaga hubungan kitani dengan Allah, InsyaAllah Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia. (No worries J) E.g. kitani make sure we jaga our prayers on time, before lecture time, but at the same time kawan akan mengajak kitani lunch out, but kitani prioritise our obligation dengan Allah, yakin that your friend is far away from thinking you’re ambung, ada kali lagi ia have much respect for you. InsyaAllah lapar pun jadi kureng tu..yakin Allah will take care of you.. which comes to the next point..

2.       Bersangka baik dengan Allah.
Yakin Allah is our Best Planner and He wants the BEST for us. Mungkin apa yang usul baik untuk kitani, sebenarnya inda the best, tpi apa yng ikut logic kitani inda bisai, yatah tu yang terbaik. Sesungguhnya ilmu Allah NADA TERBATAS, NO LIMIT. Manusia, kitani, our thoughts, no matter how much we stretch it to the furthest end, fact is there is an end to it.  Allah knows best, He Loves us more than we love ourselves.

3.       Isi hati dengan ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Manakan cinta kalau tak kenal (esseh.. hehe).   Rajinkan diri untuk menghadiri majlis2 ilmu (baiktah kajap.. 5 min pun ok.. kira 5 min u know more about Allah :), baca buku2 mengenal Allah, dgr lectures,  dgr tazkirah dri kawan2..  ada banyak cara/wasilah insyaAllah. Untuk pahamkan ilmu atu, hendaklah kitani AMALkan
·         Imagine pantai (ka azan sukeee sngt pantai esp time liat sunset), hati terasa begitu tenang for some. Kalau dengan ciptaan kitani rasa tenang, apatah lagi dengan Penciptanya

4.       Kitani perlu sentiasa BERSYUKUR kepada Allah. Salah satu caranya ialah untuk MUHASABAH DIRI.
·         Talk by Ustaz Sammali
o   KUNCI itu tersangatlah penting.  Kalau ia ilang, kitani boleh jadi marah, kecewa, panik, inda tentu rasa,
o   One way to get Kunci, mesti FOCUS

PERBAIKI AMALAN KITANI
·         Check Al-Mulk Ayat 2
o   Allah inda mention siapa lebih banyak amalannya tetapi siapa yang lebih IHSAN amalannya. It is more on the QUALITY rather than the quantity.
o   Dalam sebuah hadith, HR Baihaqi, disebutkan bahawa Allah suka siapa yang buat suatu amalan itu dengan ELOK.
·         Khalifah Umar R.A. tamak pada NASIHAT, kitani patut sentiasa TAGIH pada nasihat
·         Same thing, kalau kitani inda tau, paham, kena cari2, tanya2 sampai kitani paham.
JANGAN TINGGALKAN SEMBAHYANG DAN JAGA AURAT
o   Amalan yang PERTAMA sekali yang akan ditanya pada hari Qiamat ialah SEMBAHYANG. Kalau sembahyang kitani KO, amalan yang lain balum tantu kena pandang.
o   Dri Ustaz Azhar Idrus, kena Tanya
o   Apa hukum lelaki pakai pakaian/seluar ketat tapi inda jelas Nampak bentuk badan
Jwpn: Makruh Hukumnya
Tapi kalau ketat, sampai luan tight, jelas segala.. HARAM
o   Kalau perempuan pakai pakaian ketat
Jwpan: HARAM
o   Kena careful, kalau pakai hand sock, tidak cukup hanya memakai atu untuk cover the whole arm, sebab masih jugak menunjuk bentuk lengan atu, guna something longgar instead J
                Perumpamaaan Lelaki dan perempuan, seperti kereta kancil dan Lamborghini..  pokoknya Perempuan kena lebih menutupi aurat untuk menjaga diri.
o   Quote from Hamka:
Kalau hidup sekadar hidup, babi hutan pun hidup, kalau kerja sekadar bekerja, kera di hutan pun kerja.

o   Manusia sangat untung, diberikan akal.

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM KECEMERLANGAN
1.       Niat kitani perlu selalu F5
2.       Kena ikhlaskan segala perbuatan kitani atu kerana Allah
3.       Pandai control diri. Time2 stress, baca Al-Quran… Hanya dengan mengingati Allah, Hati akan men jadi tenang.
4.       Pandai jaga waktu. Sembahyang on time atu mengajar kitani untuk discipline dalam time management.
5.       Sentiasa biasakan meja kerja kitani atu bersih.. supaya inda kaluk2 pikiran.
6.       Sentiasa berdoa pada Allah dari awal hingga akhir. Mulakan apa saja dengan memohon pertolongan pada Allah.

Ar-Rad: 11
Allah inda akan mengubah nasib suatu kaum atu sehingga ia mengubah nasibnya sendiri…


Wallahu’alam…. 

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami menerima teguran andai ada kesalahan dalam isi kandung nota ini.