Pada saat terakhir Nabi Muhammad s.a.w sedang sakit, seluruh Madinah berada dalam keadaan suram. Suasana
yang selama ini indah dan aman bersama Rasullullah, bertukar menjadi
satu tikaman duka kepada para penduduknya. Mereka semua merasa hiba
kerana kekasih mereka, orang yang paling dimuliakan oleh Allah sedang
berada dalam keadaan uzur dan sakit tenat. Tidak ada seorang sahabatpun
yang berjalan melainkan dengan wajah yang suram dan bergenang airmata.
Begitulah cinta dan sayangnya mereka kepada junjungan Rasullullah s.a.w
Pada hari Ahad, sehari sebelum hari
kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi
bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa
mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, bilalpun menuju ke rumah
Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil
menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu
Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan
linangan airmata. Menunggu seketika.
Ketika hari hampir siang dan sahabat menunggu lama, Bilal cuba
lagi ke rumah Rasullullah. Bilal berdiri dan memberi salam lagi. Lalu
baginda menyuruh Fatimah menjemput Bilal masuk.Bilal masuk dan duduk di
sisi Rasullullah dan memandang Rasullullah dengan penuh linangan
airmata.
Kemudian baginda bersabda,”aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku”
Kemudian baginda bersabda,”aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku”
Lalu bila keluar menuju masjid sambil airmatanya semakin deras
mengalir dan kesedihannya tidak bisa ditahan lagi. Bilal menyampaikan
pesanan Rasullullah kepada Abu Bakar r.a supaya menjadi imam. Pesanan
ini pula menjadikan Abu Bakar bertambah hiba. Beliau cuba berdiri untuk
menjadi imam, tetapi bila memandang ke tempat yang Rasullullah selalu
berdiri, tetapi pada saat itu kosong ketiadaan Rasullullah, lalu Abu
Bakar menangis terisak isak dengan suara yang agak kuat. Beliau tidak
mampu membendung kesedihannya lagi. Lalu beliau menangis dengan suara
yang kuat dan akhirnya pengsan.
Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.
Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas ra,
sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke
masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada
orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada
dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah
penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu
semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan
dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam
akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada
Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian
sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa
Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya
masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak
mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia
menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat
kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum
Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar
menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba
Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum.
Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat
Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang
ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil
baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit.
Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah
menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai
Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah
jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut.
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya
Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat
Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut
nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan
pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau
tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab
Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang
kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah
SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah
dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril,
apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun
menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu. Baginda SAW
bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi
yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya
pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias,
sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya
menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku
panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang
khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin
tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah
yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan
Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang
berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi
semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih
dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan
perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut
pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan
baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab:
Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas
menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari
dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika
roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril,
alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka
memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang
sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan
sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad
Rasulullah SAW.
credit: aki2004.wordpress.com
No comments:
Post a Comment