Pages

Thursday, 16 February 2012

BEBERAPA AMALAN SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

MANDI
 Banar pulang kitani mandi tiap hari, tapi ia boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Allah SWT. For example, mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah S.A.W.

(Dari Ibnu Umar ra.), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

MENGHIASKAN DIRI DAN MEMAKAI PERFUME
 Kitani disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik, bersih dan harum. Dua ketiga kali sembur perfume pun cukup sudah tu..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Kalau boleh, pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat. ...Hoodie/Jacket putih jaditah...

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya. 

PAPAT KUKU
 Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Papat kuku apa jua ganya lima minit..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

MEMBACA SURAH AL-KAHFI
 Disunatkan membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)

BANYAKKAN BERDOA
 Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kitani berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita, so kitani perlulah meminta pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran sepanjang hidup.

Kita memang digalakkan untuk banyak berdoa terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab. Diantara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah

Sabda baginda yang bermaksud :
Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).

BERSELAWAT
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya memperbanyakkan lagi berselawat ke atas junjungan besar kitani Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Sabda baginda yang bermaksud :
Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

1 comment: