Pages

Tuesday 17 August 2010

Solat Sunat Tarawih & Witir

Solat Sunat Tarawih

Sembahyang Tarawih ialah sembahyang sunat yang dilakukan pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Ia adalah satu ibadat yg mesti dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan-peraturan yang tertentu, seperti juga sembahyang-sembahyang yang lain. Dituntut mengerjakan sembahyang ini adalah bertujuan untuk mengajak umat Islam supaya menghidupkan bulan Ramadhan itu dengan sembahyang, berdoa, membaca Al-Quran dan sebagainya, supaya mendapat limpah kurnia Allah yang diturunkan pada malam-malam bulan Ramadhan itu.

Waktu Sembahyang Tarawih

Waktunya ialah selepas mengerjakan sembahyang fardu Isya’ hingga terbit fajar sadiq. Ia boleh dilakukan seorang diri, tetapi yang afdal adalah dilakukan secara berjemaah.

Bilangan Rakaat

Menurut mazhab Imam asy-Syafi’e dan lain-lain ulama fiqah, bahawa sembahyang tarawih ialah sebanyak 20 rakaat dengan sepuluh salam, iaitu 1 salam bagi tiap-tiap 2 rakaat.

Cara-Cara Mengerjakannya:












Solat Sunat Witir


Sembahyang Witir ialah sembahyang sunat yang bilangan rakaatnya adalah ganjil iaitu sekurang-kurangnya 1 rakaat dan sebanyak-banyaknya 11 rakaat. Tetapi yang lazimnya dilakukan dan afdal ialah sebanyak 3 rakaat dengan 2 salam. Sembahyang ini sunat dilakukan secara berjemaah dalam bulan Ramadhan mengiringi sembahyang sunat Tarawih.

Cara-Cara Mengerjakannya:





No comments:

Post a Comment