Pages

Wednesday 19 May 2010

Surah Al-Mulk

  • Surah Al-Mulk bermaksud ‘Kuasa Pemerintahan’, merupakan surah yang ke-67 di dalam Al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
  • Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Kelebihan Membaca Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud:

"Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."
(diriwayatkan oleh Imam tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
(diriwayatkan oleh tabrani)

3. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabaraarakal-Lazi).”
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

4. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.
(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)

No comments:

Post a Comment