Pages

Tuesday 16 March 2010

Terlampau Banyak Makan (Syarahut Ta'am)


I just want to share this topic I found in 'Zainul Insan' book. This topic is placed under 'Menjauhkan Maksiat Batin'.

We first start with what the meaning of 'Maksiat Batin'.

Apa yang dimaksudkan dengan maksiat batin itu?

- Maksiat batin ialah perbuatan yg melanggar perintah Allah yang dilakukan di dalam hati, iaitu segala perangai yang jahat, sifat2 yang dikeji oleh syara'.

Apa dia sifat2 yg dikeji oleh syara' yg dikatakan maksiat batin itu?

- Sifat2 yg dikeji itu banyak, di antaranya: terlampau banyak makan, terlampau banyak cakap, siaft pemarah, sifat dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk2kan amalan.

Apakah yang patut dilakukan terhadap sifat2 yg keji yakni maksiat batin itu?

- Wajib ke atas org2 yg mukallaf (bertanggungjawab) yang baligh lagi berakal yang inginkan syurga di akhirat kelak supaya berusaha dengan sedaya upaya untuk menyucikan hati daripada sifat2 maksiat batin itu.

-Firman Allah dalam surah as-Syam ayat 9: "Sesungguhnya beroleh kemenangan org yg menyucikan hatinya drpd segala sifat yg keji"

-Sabda Rasulullah SAW: "Kesucian hati drpd sifat yg keji itu adalah setengah drpd iman"
Iman Ghazali berkata berdasarkan hadis tersebut bahawa "iman yg sempurna itu ialah menyucikan hati drpd sifat yg keji dan membanyakkan hati dgn segala sifat yg terpuji".


Terlampau banyak makan (Syarahut Ta'am):

Apa yang dimaksudkan dengan 'Syarahut Ta'am'?

- Maksudnya ialah sangat gemar kepada makan dan terlampau kenyang hingga melimpasi daripada yg biasa, perut terlampau penuh dengan makanan, gelojoh kepada makanan.

Adakah sifat itu dicela oleh syara'?

- Ya. Firman Allah SWT dalam surah al-A'raff, ayat 31: "dan makanlah kamu, dan minumlah kamu, dan janganlah kamu berlebih2an, sesungguhnya Allah tidak kasih akan org yg berlebih2an"

- Sabda Rasulullah SAW: "Org yg paling mendapat 'kelebihan' disisi Allah di antara kamu ialah org yg panjang masanya berlapar, dan panjang masanya berfikir mengenai dengan kejadian2 Allah, dan org yang paling dibenci oleh Allah diantara kamu ialah org yg terlalu byk makan, terlalu byk tidur dan terlalu byk minum"

Apa hikmatnya terlampau byk makan itu dicela disisi syara'?

- Hikmatnya ialah bahawa org yg terlampau byk makan dan terlampau kenyang itu badannya bertambah berat, menjadikan ia malas dan lemah. Serta membawa kepada byk tidur, perkara2 sedemikian itu boleh melalaikan dirinya drpd beribadat, atau kurg melakukan ibadah. Perbuatan melalaikat ibadat itu adalah haram, dan org yg kurang melakukan ibadah itu kurang pula kemuliaannya di sisi Allah, akibatnya ialah boleh membawa kepada gelap hati pada ingatkan Allah, dan akhirnya boleh membawa kepada kurang iman kepada Allah, dalam pada itu, jika makan terlampau banyak dan terlampau kenyang itu tidak melalaikan daripada beribadat maka ia tercela juga di sisi syara' kerana perbuatan itu termasuk dalam golongan 'mubazzir' yakni berlebih2an.

Setakat mana kadar makan yg dipuji oleh syara' dan setakat mana yg dibenci?

- Kadar makan yg dipuji oleh syara' terbahagi kepada tiga darajat:

(1) Darjat yg paling tinggi ialah darjat 'Siddiqin' iaitu makan sekadar yg boleh menguatkan tubuh badan untuk beribadat kepada Allah SWT.

(2) Darjat kedua ialah makan pada sehari semalam sebanyak satu perlapan (1/8) daripada segantang fitrah (yakni kira-kira 7 1/2 tahil). Kadar ini ialah yang diadatkan oleh Saidina Umar bin Al-Khattab RA dan beberapa org dari para sahabat.

(3) Darjat ketiga ialah makan sebanyak satu perempat (1/4) drpd segantang fitrah pada sehari semalam (yakni kira-kira 15 tahil).

- Adapun kadar makan yg tidak di puji bahkan dibenci oleh syara' ialah makan yg lebih daripada kadar yg disebutkan di atas.


Wallahua'lam.. (Sorry for posting it only in Malay)

The book was written by Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin, Minister of Religious Affairs Brunei titled 'Zainul Insan - Perhiasan Manusia'.

Besides that, don't forget to read do'a everytime before we eat :)


And if we forgot to read it at the beginning, we read this do'a:

1 comment:

  1. "Segantang dan tahil ialah timbangan yang digunakan oleh orang-orang dahulu.

    Pertukaran timbangan gantang dan tahil:
    1 gantang = 4 cupak (sebesar tempurung piasau)
    1 kati = 16 tahil ≈ 600 gram*

    So, pertukarannya:
    1/8 segantang fitrah = ½ cupak atau 7 ½ tahil ≈ 282 gram
    ¼ segantang fitrah = 1 cupak atau 15 tahil ≈ 563 gram

    Nota:
    - Fitrah maksudnya kebiasaan.
    - Gantang kebiasaanya digunakan untuk biji-bijian dan makanan asasi seperti beras dan gandum. Manakala tahil untuk timbangan apasaja.

    *pertukaran timbangan hanya anggaran, kerana perbezaan pendapat.

    wallahu'alam :D

    ReplyDelete