Pages

Friday 19 March 2010

Beberapa masalah mengenai solat musafir

Info penting:

- Seorang musafir tidak boleh mengqasar dan menjama' sembahyangnya melainkan setelah melewati kawasan sempadan kampung halamannya.

- Tidak boleh dikerjakan qasar dan jama' di rumahnya sebelum berangkat.

- Tempoh yang diharuskan mengqasar dan menjama' apabila dia sampai ke destinasi yang ditujuinya tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari sampai dan balik).

Beberapa masalah mengenai solat musafir:

1. Jika seorang musafir berniat hendak menetap si satu tempat yg ditentukan selama empat hari atau lebih maka putuslah safarnya (perjalanannya) sebaik sahaja tiba di tempat tersebut. Tiada harus baginya solat Qasar dan Jama’.

2. Jika seorang musafir dgn niat menuju ke suatu tempat yg perjalanannya melebihi 2 marhalah, kemudian dia singgah di pertengahan jalan dan berniat utk menetap di negeri atau tempat itu, dan jarak negeri atau tempat itu melebihi 2 marhalah, maka harus baginya solat Qasar dan Jamak.

Dan jika jarak kurang dari 2 marhalah, baginya diharuskan solat Qasar dan Jamak dalam perjalanan menuju tempat dia singgah itu, tetapi tidak ada bagi rukhsah lagi sebaik sahaja tamam (sempurna).

3. Jika seorang musafir menuju ke suatu negeri jarak perjalanannya adalah jauh (melebihi 2 marhalah) kemudian dia mengubah niatnya untuk kembali ke negerinya ketika dalam perjalanannya itu, maka putuslah safarnya (perjalanannya) dan tidak harus baginya qasar dan jamak lagi selama dia berada di tempat tersebut.

Dan jika dia meninggalkan tempat itu dan menyambung perjalanannya, tempat yg dimaksudkan melebihi 2 marhalah sama ada dia hendak balik ke negerinya atau ke tempat yg mula-mula (pertama) yg hendak ditujunya atau tempat lainnya, pada ketika itu dia di anggap dalam perjalanan yg baru, harus baginya mengqasar dan menjamak solatnya.

4. Bagi org yg musafir disyaratkan menentukan tempat yg dituju, maka tidak harus mengqasar dan menjamak sembahyang bagi ha’im iaitu org yg tidak tahu ke mana hendak ditujuinya atau berhenti di suatu tempat yang tidak ditentukan.

Begitu juga bagi org yg mencari si penghutang, dan bagi org yg mencari hamba yg lari yangg tidak diketahui di mana berada serta berazam akan balik ke negerinya apabila menemukan mereka yg di cari maka wajib menunaikan solat tamam (yg sempurna) sekalipun perjalanannya lebih 2 marhalah.

5. Jika seorang musafir mempunyai urusan/ tugas di satu negeri atau tempat yg jaraknya 2 marhalah dan tugas tersebut tidak diketahui berapa lama urusannya akan selesai dan sentiasa mengharapkan urusannya akan selesai dari masa ke semasa, di samping itu dia berazam akan balik sebaik urusannya selesai, maka diharuskan baginya solat qasar dan jamak dalam tempoh 4 hari. Apabila tugasnya tidak selesai dlm tempoh 4 hari mengikut qaul yg azhar (Qaul al-Azhar) harus baginya mengqasar dan menjamakkan solat fardu sehingga 18 hari sahaja.

Manakala jika seorang itu pasti yg tugasnya tidak akan selesai dalam tempoh 3 hari selain hari ketibaannya dan hari dia balik seperti org yg berniaga dan seumpamanya, maka tidak ada baginya keringanan utk menunaikan solat Qasar dan Jamak sebaik sahaja dia tiba di tempat tugas/ kerjanya itu.


Rujukan:
- Kertas Kerja Kursus Penghayatan Islam, Pusat Dakwah Islamiah Brunei

No comments:

Post a Comment