Pages

Saturday 6 March 2010

Sembahyang Qasar dan Jama'

Pendahuluan

Allah SWT memberikan kemudahan dan keringanan kepada hambaNya yang dalam keadaan musafir dengan mengerjakan:

• Sembahyang Qasar
• Sembahyang Jama’
• Sembahyang Qasar dan Jama’

1. Sembahyang Qasar

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang fardhu 4 rakaat menjadi 2 rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’.

Syarat-syarat sembahyang Qasar:

• Jarak jauh perjauhan musafir itu 56 batu (102 km)
• Musafir itu adalah yang diharuskan oleh syara’.
• Sembahyang yang diqasarkan itu adalah sembahyang 4 rakaat Zuhur, Asar dan Isya’.
• Berniat sembahyang Qasar ketika takbiratul ihram.

Lafaz niat sembahyang Qasar Zuhur:

أُصَلِي فَرْضَ الظُهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Qasar Asar:

أُصَلِي فَرْضَ العَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Qasar Isya’:

أُصَلِي فَرْضِ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Isya’ dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”


2. Sembahyang Jama’

Jama’ bermakna kumpul. Sembahyang Jama’ ialah menghimpunkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu dan menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isya’ dalam satu waktu.

Syarat sembahyang Jama’ sama dengan sembahyang Qasar.

Sembahyang Jama’ terbahagi kepada 2:
i. Jama’ Taqdim (awal)
ii. Jama’ Ta’khir (akhir)

I. Jama’ Taqdim:

Sembahyang Jama’ Taqdim ialah menghimpunkan sembahyang Zuhur dan Asar dikerjakan dalam waktu Zuhur iaitu dengan menunaikan sembahyang Zuhur terlebih dahulu, dan menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isya’ dikerjakan dalam waktu Maghrib iaitu dengan menunaikan sembahyang Maghrib terlebih dahulu.

Syarat Jama’ Taqdim:

• Dimulai dengan yang punya waktu iaitu didahulukan sembahyang fardu Zuhur daripada Asar, dan didahulukan sembahyang Maghrib daripada Isya’.

• Niat jama’ itu semasa masih dalam waktu sembahyang yang pertama iaitu Zuhur (untuk ta’khir dalam Asar) dan Maghrib (untuk ta’khir dalam Isya’).

• Berturut-turut antara sembahyang pertama dengan yang kedua.

• Masih dalam pelayaran.

Lafaz niat sembahyang Jama’ Taqdim Asar kepada Zuhur:

أُصَلِي فَرْضَ الظُهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Jama’ Taqdim Isya’ kepada Maghrib:

أُصَلِي فَرْضَ الْمَغْرِبَ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءِ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya’ tunai kerana Allah Ta’ala.”

II. Jama’ Ta’khir:

Sembahyang Jama’ Ta’khir ialah menghimpunkan sembahyang Zuhur dan Asar dikerjakan dalam waktu Asar iaitu dengan menunaikan sembahyang Asar terlebih dahulu, dan menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isya’ dikerjakan dalam waktu Isya’ iaitu dengan menunaikan sembahyang Isya’ terlebih dahulu.

Syarat Jama’ Ta’khir:

• Berniat mengakhirkan sembahyang Zuhur ke dalam waktu Asar atau sembahyang Maghrib ke dalam waktu Isya’.

• Niat itu di dalam sembahyang yang pertama.

• Masih dalam pelayaran.

Lafaz niat sembahyang Jama’ Ta’khir Zuhur kepada Asar:

أُصَلِي فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُهْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Jama’ Ta’khir Maghrib kepada Isya’:

أُصَلِي فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْمَغْرِبُ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Isya’ empat rakaat dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Ta’ala.”


Nota:
Jama' tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama' kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)

3. Sembahyang Qasar dan Jama’

Sembahyang Qasar dan Jama’ ialah memendekkan sembahyang fardu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada 2 rakaat dan menghimpunkan sembahyang Zuhur dan Asar, sembahyang Maghrib dan Isya’.

Lafaz niat sembahyang Qasar Zuhur dan Jama’ Taqdim Asar kepada Zuhur:

أُصَلِي فَرْضَ الظُهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Qasar Isya dan Jama’ Taqdim Isya’ kepada Maghrib:

أُصَلِي فَرْضَ الْمَغْرِبَ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءِ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Qasar Zuhur dan Jama’ Ta’khir Zuhur kepada Asar:

أُصَلِي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُهْرُ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat sembahyang Qasar Isya dan Jama’ Ta’khir Maghrib kepada Isya’:

أُصَلِي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْمَغْرِبُ أَدَاءً للهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang fardu Isya dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Ta’ala.”


Perhatian:
Melafazkan niat hukumnya tidak wajib, tetapi cukuplah ia sebagai pengakuan atau lintasan di dalam hati untuk melakukan sesuatu. Dalam mazhab syafi'e, hendaklah diqasadkan di dalam niat itu 4 perkara: Jenis sembahyang, bilangan rakaat, keadaan sembahyang (tunai, qada, jama' atau qasar) dan kerana Allah Ta'ala.


Wallahua'lam..


Rujukan:
- Pusat Dakwah Islamiah, Brunei
- Ustaz Zaharuddin blog: http://www.zaharuddin.net/content/view/319/95/


(InsyaAllah contoh2 & masalah2 tentang sembahyang jama' qasar akan dibincangkan di dalam post yg lain)

2 comments:

  1. Hafiyyah: Qasar bulih dilakukan kalau berada tmpat atu inda labih 3 hari, tapi syarat jama' bulih dibuat only 'masa dalam pelayaran'?

    - Lurus2. So kalau ia plan kan stay rah tempat destinasinya atu (e.g.London) inda lebih 3 hari (tidak termasuk hari sampai dan balik), ia masih dikira 'dalam pelayaran'. And dikira abislah pelayarannya kalau ia balik & sampai rumahnya (e.g.Coventry). Sepanjang di London yang inda labih 3 hari atu ia diharuskan mengqasar & menjama' sbygnya.

    ReplyDelete
  2. Hafiyyah:
    Apa definisi Musafir dan pelayaran?

    - 'Musafir' ialah orang yang melakukan perjalanannya('pelayaran') bukan kerana maksiat dan perjalanannya itu tidak kurg dari dua marhalah bersamaan dengan 56 batu atau 102km.

    ReplyDelete