Pages

Thursday 8 April 2010

Solat-solat sunat

Solat sunat (Nawafil) ialah solat-solat sunat di luar solat-solat yang difardukan. Solat sunat itu dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW, untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala, dan untuk mengharapkan tambahan pahala.

Solat sunat dianjurkan kerana dapat menambah (menyempurnakan) kekurangan yang mungkin terdapat pada solat-solat fardu, disamping mempunyai keutamaan (fadilat) yang tidak terdapat pada ibadah-ibadah yang lain.

Rasulullah SAW bersabda yg bererti:

"Sesungguhnya amal perbuatan manusia yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat ialah tentang solat. Tuhan berfirman kepada malaikatNya, sedang Ia Maha Mengetahui: Periksalah solat hambaku, apakah cukup atau kurang? Kalau cukup catatlah baginya cukup dan kalau ada yang kurang, Tuhan berfirman lagi: Periksalah! Adakah hambaKu mempunyai amalan solat sunat? Jika ternyata terdapat solat sunatnya, lalu Tuhan berfirman lagi: Cukuplah kekurangan solat fardu hambaKu itu dengan solat sunatnya. Kemudian perhitungkanlah amal perbuatan itu menurut cara demikian."

Solat-solat yang sunat dikerjakan banyak, di antaranya:

- Solat Rawatib
- Solat Dhuhaa
- Solat Tahiyatul Masjid
- Solat Tahajjud
- Solat Istikharah
- Solat Tasbih
- Solat Taubat
- Solat Hajat
- Solat Tarawih
- Solat Witir
- Solat Hari Raya
- Solat Gerhana
- Solat Istisqo' (Memohon hujan)

InsyaAllah beberapa solat sunat yang tertentu akan diterangkan lebih mendalam di post yang lain.

No comments:

Post a Comment