Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 12 tahun
Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW dan Abu Talib berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian
yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib
tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam
kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya
diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib
tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut.
Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Baginda juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda
mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak
oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi
yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda
mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda
selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan
tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia
nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang
sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.
Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Khadijah
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa
saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid,
seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya
dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan
mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia
meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW yang berusia 25
tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat
gembira apabila Nabi Muhammad SAW menerima lamarannya lalu berlangsunglah
perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Nabi Muhammad SAW
dan Khadijah sebagai suami isteri.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan
diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua
Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat
manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan
menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh
Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai
pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula
dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan keancaman yang hebat daripada
penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita
pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib
adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang
sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Credit: syafii.wordpress.com