Pages

Wednesday, 19 January 2011

Sunnah : Adab Makan

بسم الله الرحمن الرحيم


Islam adalah agama universal. Agama yang sesuai bagi semua umat manusia di dunia ini, dan sesuai untuk segala zaman. Daripada perkara yang sebesar-besarnya hingga kepada perkara sekecil-kecilnya dalam kehidupan manusia tidak terlepas daripada perhatian Islam. Kesemua itu adalah semata-mata untuk kesejahteraan umatnya. Misalnya makan, ada adabnya yang diajarkan dan dilakukan sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang sewajarya menjadi ikutan kita. Sebuah hadis menyebutkan:



Maknanya: "Umar bin Abi Salamah Radhiallahu Anhu berkata: " Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengajarkan, kepada saya: Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan dari yang sedekat-dekatnya kepadamu. " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Daripada hadis tersebut, ada beberapa perkara penting yang ditekankan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila makan, iaitu mulakan makan dengan membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan. Mengapa mesti demikian'? Sebabnya ialah syaitan akan ikut bersamanya jika makan dengan tangan kiri dan tidak dimulakan dengan Bismillah.


Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa,
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut 'Bismillah' ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bagian makanan bagi kamu di sini. " Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: "Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini".
(Hadis riwayat Muslim)


Dalam hubungan ini apakah yang harus dilakukan bagi orang yang terlupa membaca 'Bismillah' di awal perbuatan? Aisyah Radhiallahu Anha berkata: "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu terlupa membaca Bismillah, maka hendaklah membaca:



Sekali imbas mungkin ajaran ini, kelihatannya kecil, tetapi sebenarnya ia mempunyai fadilat dan berkat yang amat besar kepada kita. Perlu diingat bahawa syaitan adalah makhluk halus yang durjana yang sentiasa berusaha mencari jalan bagaimana merosakkan umat manusia, baik yang bersifat fizikal mahupun yang bersifat mental dan spiritual. Salah satu cara bagaimana memasuki benteng pertahanan manusia itu ialah melalui makanan. Melalui jalan ini syaitan akan masuk ke dalam jasad dan rohani manusia, dan daripada jalan ini ia mula mempengaruhi dan merosakkannya dari sudut kekuatan dalaman manusia. Oleh kerana itu, bacalah Bismillah sebelum makan dan gunakanlah tangan kanan.


Source: Al Hadaf Ogos 1997

No comments:

Post a Comment