Thursday, 20 January 2011
Wednesday, 19 January 2011
Seperti makan daging saudara sendiri!
Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..
Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.
Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.
Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..
01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan..
dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.
02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.
03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita..
tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!
04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara Tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.
05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..
06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...
07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

Sunnah : Adab Makan
بسم الله الرحمن الرحيم
Islam adalah agama universal. Agama yang sesuai bagi semua umat manusia di dunia ini, dan sesuai untuk segala zaman. Daripada perkara yang sebesar-besarnya hingga kepada perkara sekecil-kecilnya dalam kehidupan manusia tidak terlepas daripada perhatian Islam. Kesemua itu adalah semata-mata untuk kesejahteraan umatnya. Misalnya makan, ada adabnya yang diajarkan dan dilakukan sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang sewajarya menjadi ikutan kita. Sebuah hadis menyebutkan:
Daripada hadis tersebut, ada beberapa perkara penting yang ditekankan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila makan, iaitu mulakan makan dengan membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan. Mengapa mesti demikian'? Sebabnya ialah syaitan akan ikut bersamanya jika makan dengan tangan kiri dan tidak dimulakan dengan Bismillah.
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa,
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut 'Bismillah' ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bagian makanan bagi kamu di sini. " Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: "Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini".
(Hadis riwayat Muslim)
Dalam hubungan ini apakah yang harus dilakukan bagi orang yang terlupa membaca 'Bismillah' di awal perbuatan? Aisyah Radhiallahu Anha berkata: "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu terlupa membaca Bismillah, maka hendaklah membaca:
Source: Al Hadaf Ogos 1997
Monday, 17 January 2011
3 spiritual habits to beat the winter blues!
بسم الله الرحمن الرحيم
The onset of winter can be quite draining and depressing, and the freezing temperatures make it quite common to hear people complaining.Winter arguably is not the most favorite season in the year for anyone, but contrary to popular attitude, Islam has the formula of success in this month. We don’t need to suffer from the ‘winter blues’ because winter is the best time to develop yourself spiritually!
Whilst many of us slow down our activities because of the conditions around us, our past predecessors actually rejoiced at the arrival of winter. It was said by Imam al-Hasan al-Basri (may Allah have mercy on him): “The best season to a believer is the winter, its nights are long for those who wish to pray, and its days are short for those who wish to fast.”
So, here are 3 spiritual tips to beat the winter blues:
1) Perform the night prayers
The first act of devotion we can get into habitually, with the longer nights is to perform the night prayers. There is as much as a gap of 8 hours after Isha so one can pray Tahajjud and sleep or sleep first then wake up early and pray tahajjud. The blessing of winter is that it is our opportunity to ensure we pray tahajjud because we can’t complain that there’s not enough time to sleep. And the best is if we can master praying tahajjud this month for each night it would train us to keep this habit after the winter season as well. (You can use our ProductiveMuslim Habitator to build this habit here!).
Allah says in the Qur’an:
”Lo! the vigil of the night is (a time) when impression is more keen and speech more certain.”
2) Fast the Short Days
The second spiritual tool to combat laziness in the winter blues is by fasting; a space of only 10 hours between Fajr and Maghrib makes it easy alhamdulillah. Iftar is like a late-lunch! We can revive the Sunnah of fasting on Mondays and Thursdays or 3 days a month, or if you’re really brave you can try the fasting of Dawud (David) (Peace be upon him) in which he’d fast one day and eat one day.
The Prophet (peace be upon him) said: “No servant fasts on a day in the path of Allah except that Allah removes the Hell Fire seventy years further away from his face.”[Bukhari and Muslim]
3) Ponder Over the Creation of Allah
Allah says in the Quran:
”Verily in the heavens and the earth are signs for those who believe. And in the creation of yourselves, and the fact that animals are scattered (through the earth), are signs for those of assured faith. And in the alternation of night and day, and that fact that Allah sends down sustenance from the sky, and revives therewith the earth after its death, and in the change of the winds, are signs for those who are wise”. [Surah Al-Jathiyah, Chapter 45 Verses 3-5].
Just take a walk in the midst of the cold, you will find that the sky and the white snow lands are a cause for you to reflect on the Oneness and Greatness of Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) as He commands in the Quran. When every leaf falls, you can be reminded of the fact that Allah is Al-Alim (The All-Knowing) for a single leaf doesn’t fall without His Knowledge. And when winter is over and trees and animals come back to life, remember how Allah brings the dead back to life.
So those are just 3 tips to boost our spiritual productivity and keep the cold winds of idleness and inactivity out this winter. May Allah make us of those who increase our good deeds in these blessed days! Ameen
Sunday, 16 January 2011
Bittaufiq wannajah exam! =D
1)Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?
•Memasang niat yang ikhlas
•Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
•Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
•Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
•Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
•Menjaga ibadah kita kepada Allah
•Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
•Sentiasa dalam berkeadaan berwudu’
•Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
•Memakan makanan yang halal
•Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

2)Bagaimana melatih diri?
•Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita
•Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan pensyarah atau guru
•Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
•Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
•Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
•Menjadikan sebuah“study room” bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
•Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
•Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
•Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh
3)Malam sebelum hari peperiksaan
•Melakukan solat taubat,hajat,witir
•Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
•Amalkan meminum air masak
•Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
•Jangan menonton televisyen sebelum tidur
•Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
•Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif
4)Di pagi peperiksaan
•Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya
•Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
•Sarapan pagi terlebih dahulu
•Minum air berglukosa pada waktu pagi
•Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
•Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
•Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
•Pergi awal ke dewan peperiksaan

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan (3 kali)
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Ikhlas: Hindari riya' dan Sum'ah dalam ibadah
بسم الله الرحمن الرحيم
Alfaqieh Abul-Laits berkata: "Telah menerangkan kepada kami Muhammad bin Alfadhel bin Ahnaf berkata: "Telah menerang kepada kami Muhammad bin Ja'far Alkaraabisi ia berkata : "Telah menerang kepada kami Ibrahim bin Yusuf ia berkata: "Telah menerang kepada kami Ismail bin Ja'far, dari Amr Maula Al-Muthalib dari Ashim dan Muhammad bin Labied berkata: Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad SAW menjawab: "Riya'. Pada hari pembalasan kelak Allah s.w.t. berkata kepada mereka :"Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka."
Riya' ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji apabila dilihat orang, Abul Laits berkata: "Dikatakan pada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika didunia secara tipuan, maka dibalas demikian."
Allah SWT membalas cara tipuan mereka itu dan membatalkan semua amal perbuatan mereka itu, "kerana kamu dahulu tidak beramal untukKu maka pembalasan amalmu itu tidak ada padaKu", sebab tiap amal yang tidak ikhlas kepada Allah SWT, maka tidak sampai kepadaNya, kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah SWT dan kerana lainNya, maka Allah SWT berlepas tangan daripadanya.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Allah SWT telah berfirman: "Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."
Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah sSWT tidak menerima amalan kecuali yang ikhlas kepadaNya, maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam, sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah Al-Israa: "Siapa yang menginginkan dunia dengan amalnya, Kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa Kami kehendaki kebinasaannya, kemudian Kami masukkan ia ke dalam neraka jahannam sebagai orang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah (18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji (diterima) (19). Masing-masing dari dua golongan Kami beri rezki, dan pemberian Tuhanmu tidak terhalang (20)."
Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah SWT maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah SWT tidak akan diterima dan hanya lelah dan sia-sia semata-mata, sebagaimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya."
Seorang ahli hikmah berkata: "Contoh orang yang beramal dengan riya' atau sum'ah itu bagaikan orang yang keluar kepasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan orang melihat poketnya semua berasa kagum dan berkata: "Alangkah penuhnya poket wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berguna sebab tidak dapat dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang sahaja. Demikianlah pula orang yang beramal dengan riya' sum'ah, tidak ada pahalanya di akhirat kelak." Sebagaimana firman Allah SWT: "Dan Kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang berterbangan."
Waki' meriwayatkan dari Sufyan Ats-Tsauri dari orang yang mendengar Mujahid berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata: Ya Rasullullah, saya bersedekah mengharapkan keredhaan Allah SWT dan ingin juga disebut dengan baik." Maka turunlah ayat 111 Surah al-Kahfi: "Maka siapa yang benar-benar mengharap akan bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik, dan jangan mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya dengan sesiapa."
Seorang pujangga berkata: "Siapa yang berbuat tanpa tujuan, tidak berguna perbuatannya. Siapa yang takut tanpa hati-hati, maka tidak berguna takut itu, seperti berkata: "Saya takut kepada siksaan Allah SWT tetapi tidak berhati-hati dari dosa, maka tidak berguna takutnya itu. Siapa yang mengharapkan tanpa amal seperti mengharapkan pahala dari Allah SWT tetapi tidak beramal, maka tidak berguna harapannya itu. Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, niat yang berbuat kebaikan tetapi tidak melaksanakan akan tidak berguna niatnya itu. Siapa berdoa tanpa usaha, seperti berdoa semoga mendapat taufiq untuk kebaikan, tetapi tidak berusaha untuk kebaikan. Siapa yang beristigfar tanpa penyesalan, maka tidak akan berguna istigfarnya itu. Siapa yang tidak menyesuaikan lahir dengan batiniahnya, seperti lahirnya untuk berbuat kebaikan tetapi hati tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa ikhlas maka tidak akan berguna amal perbuatannya."
Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad SAW bersabda: "Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: "Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung."
Abdullah bin Al-Mubarak meriwayatkan dari Abu Bakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah SAW bersabda: "Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka:"Kamu hanya mencatat amal hambuku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ii tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin (neraka)", dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: "Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin (syurga)."
Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit dengan ikhlas lebih baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima oleh Allah SWT dilipatgandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya di dalam neraka jahannam.
Wallahua'lam.
Friday, 14 January 2011
Irsyad: Belayar hari Jumaat?
Para ulama mazhab Syafi`e sepakat mengatakan bahawa sembahyang Jumaat tidak wajib ke atas orang musafir yang sedang dalam pelayaran, selama mana dia tidak berniat untuk bermuqim atau menetap pada sesuatu tempat selama empat hari atau lebih (tidak termasuk hari sampai dan balik), dan pelayarannya itu bukan kerana melakukan atau bertujuan maksiat.
Maca mana pula bagi mereka yang baru hendak memulakan pelayaran pada hari Jumaat, sedang mereka termasuk orang yang wajib menunaikan sembahyang Jumaat ? Apakah boleh memulakan pelayaran pada hari tersebut ?
Sebenarnya bagi orang yang hendak memulakan pelayaran pada hari Jumaat terdapat hukum tertentu mengenainya, seperti berikut :
Sebelum terbit fajar : Harus memulakan pelayaran sebelum terbit fajar hari Jumaat.
Selepas sembahyang Jumaat : Diharuskan juga memulakan pelayaran itu ketika mana sembahyang Jumaat sudah selesai didirikan.
Selepas tergelincir matahari : Tidak harus, yakni haram memulakan pelayaran selepas tergelincir matahari pada hari Jumaat, bagi orang yang wajib ke atasnya mendirikan sembahyang Jumaat.
Jika dia meneruskan juga memulakan pelayaran, maka tidak ada baginya rukhshah yakni keringanan hukum, umpamanya keringanan berbuka puasa ketika dalam pelayaran, mengqasar atau memendekkan sembahyang dan sebagainya, melainkan selepas dia terluput daripada sembahyang Jumaat barulah dia beroleh rukhshah, kerana awal pelayarannya itu dikira mulai daripada luputnya sembahyang Jumaat.
Namun ketetapan hukum mengenai haram memulakan pelayaran selepas tergelincir matahari pada hari Jumaat itu terdapat padanya beberapa pengecualian, seperti berikut :
i) Harus memulakan pelayaran pada waktu tersebut jika sekiranya dia boleh menunaikan sembahyang Jumaat di tempat yang dituju atau ditengah-tengah perjalanan ketika dalam pelayaran, kerana maksud daripada larangan memulakan pelayaran tersebut ialah, supaya seseorang itu tidak terluput daripada mendirikan sembahyang Jumaat.
Namun menurut setengah ulama, sebagaimana yang ditegaskan oleh pengarang kitab al-Ta`jiz, bahawa keharusan tersebut tertakluk juga kepada keadaan bila mana ketiadaanya itu tidak akan menjejaskan bilangan (mengurangkan bilangan empat puluh orang) ahli Jumaat di tempatnya atau di perkampungannya. Jika ini berlaku tidak harus baginya memulakan sembahyang Jumaat tidak akan dapat didirikan di tempat itu.
ii) Andaikata ada sesuatu yang mewajibkan pergi belayar, seperti belayar untuk menyempati hari `Arafah, belayar kerana menyelamatkan harta dan sebagainya, maka dalam hal ini tidak haram memulakan pelayaran walaupun selepas tergelincir matahari, bahkan wajib pergi belayar bagi tujuan-tujuan tersebut atau seumpamanya.
iii) Begitu juga jika sekiranya perjalanan itu ditangguhkan ditakuti akan mendatangkan kemudharatan jika ditinggalkan oleh rombongan yang pergi belayar pada masa itu. Maka harus memulakan pelayaran walaupun selepas tergelincir matahari kerana untuk menolak kemudharatan.
Sebelum tergelincir matahari : Tidak harus memulakan pelayaran di antara waktu terbit fajar hari Jumaat hingga tergelincir matahari melainkan setelah menunaikan sembahyang Jumaat sebagaimana menurut qaul jadid Imam Syafi`e Rahimahullah.
Akan tetapi harus memulakan pelayaran pada waktu tersebut jika sekiranya sembahyang Jumaat boleh atau sempat dilakukan di tempat yang dituju atau ditengah perjalanan.Begitu juga jika dikhuatiri akan mendapat kemudharatan sekiranya ditinggalkan oleh teman atau rombongan seperjalanan maka harus dia memulakan pelayaran pada waktu tersebut.
Hukum ini berlaku sekiranya pelayaran itu atas tujuan yang diharuskan, seperti belayar kerana urusan perniagaan umpamanya, ataupun pelayaran itu dimakruhkan seperti belayar seorang diri tanpa teman.
Bahkan hukum ini juga merangkumi pelayaran yang berupa ketaatan yakni ibadat, sama ada ianya wajib seperti naik haji, ataupun sunat seperti belayar kerana menziarahi makam Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam. Inilah pendapat yang ashah sebagaimana menurut Imam Nawawi.
Memang tidak dinafikan, walaupun pada masa kini setengah jadual pelayaran sudah pun diatur oleh pihak-pihak tertentu yang mesti dipatuhi, seperti jadual penerbangan umpamanya, tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh merencana dan memilih terlebih awal di antara masa-masa pelayaran yang telah dijadualkan yang bersesuaian.
Umpamanya, sesuatu destinasi yang hendak dituju ini, jika menggunakan kapal terbang, kadang-kadang dalam tempoh seminggu atau dalam sehari terdapat beberapa kali penerbangan. Jika dibuat perancangan awal dengan rapi, perkara memulakan pelayaran pada hari Jumaat sebelum sembahyang Jumaat didirikan itu boleh dielakkan. Lain halnya jika tidak ada penerbangan melainkan pada hari tersebut, ataupun ada sesuatu keperluan penting yang memaksa untuk belayar pada hari tersebut, maka diharuskan belayar pada hari itu.
Kesimpulannya, sembahyag Jumaat itu adalah suatu perkara besar, sehinggakan tidak harus memulakan pelayaran di antara waktu terbit fajar hari Jumaat hingga tergelincir matahari melainkan setelah selesai menunaikan sembahyang Jumaat.

Kisah Tsa'labah
بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu hari Rasulullah SAW sedang bersolat bersama para sahabat Baginda. Di antara sederetan sahabat di belakang Rasulullah, kelihatan seorang yang kusut masai rambutnya dengan berpakaian lusuh. Ia dikenali sebagai seorang sahabat yang tekun beribadah.
Setelah menyelesaikan solat, sahabat berpakaian lusuh itu segera bergerak pulang tanpa membaca wirid dan berdoa terlebih dahulu, lalu Rasulullah menegurnya“Tsa’labah! Mengapa engkau tergesa-gesa pulang. Tidakkah engkau berdoa terlebih dahulu. Bukankah tergesa-gesa keluar dari masjid adalah kebiasaan orang-orang munafik?”
Tsa'labah menghentikan langkahnya. Beliau sangat malu kerana ditegur oleh Rasulullah SAW, maka terpaksalah dia berterus terang kepada Rasulullah. "Wahai Rasulullah, kami hanya memiliki sepasang pakaian untuk solat dan ketika ini isteriku di rumah belum melaksanakannya solat kerana menunggu pakaian yang aku kenakan ini. Pakaian yang hanya sepasang ini kami gunakan untuk solat secara bergantian. Kami sangat miskin. Untuk itu, ya Rasulullah, jika engkau berkenan, doakanlah kami agar Allah menghilangkan semua kemiskinan kami ini dan memberi rezeki yang banyak."
Pada mulanya Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan Baginda sahaja. Namun Tsa'labah terus mendesak beberapa kali. Akhirnya dia mengemukakan alasan yang sering kita dengar: "Ya Rasulullah, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang haknya?"
Rasulullah SAW akhirnya mendoakan Tsa'labah. Kemudian Rasulullah SAW memberikan kambing betina yang sedang bunting kepada Tsa’labah: "Peliharalah kambing ini baik-baik", pesan Rasulullah. Ternakannya mula berkembang biak sehingga dia terpaksa membina ladang ternakan yang agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk menguruskan ternakannya. Lama-kelamaan, dia tidak lagi menghadiri solat berjemaah bersama Rasulullah SAW di siang hari.
Hari-hari seterusnya, ternakannya semakin membiak, sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia tidak dapat lagi berjemaah bersama Rasulullah SAW. Bahkan menghadiri solat Jumaat dan solat jenazah pun tak dapat dilakukannya lagi.
Ketika turun perintah zakat, Rasulullah SAW memerintahkan dua orang sahabat untuk mengambil zakat daripada Tsa'labah. Sayang, Tsa'labah menolak utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan masalah Tsa'labah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan ucapan beliau: "Celakalah Tsa'labah!" Rasulullah SAW murka, dan Allah SWT pun murka!
Ketika itu turunlah ayat Quran dari Surah At-Taubah ayat 75-78: "Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh."
”Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).“
“Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) kerana mereka selalu berdusta.”
”Tidaklah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui yang ghaib?"
Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya, dia mulai ketakutan. Segera dia menemui Rasulullah SAW sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya: "Allah melarang aku menerimanya." Rasulullah SAW mengambil segenggam tanah lalu ditaburkan di atas kepala Tsa’labah: “Inilah perumpamaan amalanmu selama ini, sia-sia belaka. Aku telah perintahkan agar engkau menyerahkan zakat tetapi engkau menolak, celakalah engkau Tsa’labah”.
Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., kemudian Saidina Umar Al-Khattab r.a., tetapi kedua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah akhirnya meninggal dunia pada masa pemerintahan Saidina Utsman Al-Affan r.a.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan mengatakan 'kami tidak memerlukan wangmu, yang kami memerlukan adalah darahmu’!"
Di manakah Tsa'labah sekarang? Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan apabila rezeki itu diterima, dengan sombongnya akhirnya kita lupakan kemurahan Allah SWT.
Apakah mungkin kitalah Tsa'labah? Mungkin benar, mungkin tidak. Tetapi yang nyata, Tsa'labah masih hidup dan ‘mazhab’nya masih popular sehingga kini...
Wallahua'lam.
Sunnah : Istighfar
بسم الله الرحمن الرحيم
The Prophet (pbuh) said: Whoever says,
“Astaghfirullah al-lathi laa ilaha illa huwa, al-Hayyul Qayyum wa atubu ilayh” – ‘I ask forgiveness from Allah the One whom there is no deity worthy of worship except He, the Ever-Living and Sustainer and I repent to Him’
three times, Allah would forgive his sins even if they were as much as the foam of the sea. [Abu Dawud]
Sabda Rasulullah S.A.W : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah S.A.W menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Seruan bumi setiap hari
بسم الله الرحمن الرحيم
Anas bin Malik r.a mengatakan : "Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 seruan. Bumi berkata : 1. Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu dalam perutku.
2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku, kamu akan disiksa dalam perutku.
3. Kamu bergurau di atas lambungku, tetapi kamu menangis dalam perutku.
4. Kamu makan barang haram di atas punggungku, tetapi seluruh ulat akan memakan dalam perutku.
5. Kamu bergembira di atas punggungku, tapi kamu akan merasa susah dalam perutku.
6. Kamu mengumpul barang haram di atas punggungku, tapi kamu akan hancur dalam perutku.
7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina dan remeh dalam perutku.
8. Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku, tetapi kamu kesedihan dalam perutku.
9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan dalam perutku.
10. Kamu berjalan untuk berjamaah di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk bersendirian dalam perutku.

Subscribe to:
Posts (Atom)