Solat Tahajjud ialah suatu sembahyang sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah bangun dari daripada tidur, dan sebaik-baiknya dilakukan waktu 1/3 malam yang terakhir sampai masuk waktu subuh.
Sekurang-kurangnya dilakukan 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak ada batas rakaatnya menurut keupayaan diri.
Lafaz niatnya:
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Doa-doa yang dibaca sewaktu melakukan solat tahajjud sebaiknya dari ayat-ayat al-Quran atau hadis. Seperti:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya: “Ya Allah Tuhan kami, berilah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami dari siksaan api neraka.”
Dan doa lain seperti berikut:
Ertinya:
"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
No comments:
Post a Comment