Pages

Saturday, 17 April 2010

Solat Dhuhaa (ضُحَى)

Solat Dhuhaa ialah solat sunat, sekurang-kurangnya 2 rakaat, boleh dikerjakan 4, 6 atau sebanyak-banyaknya 8 rakaat, dan bagi tiap-tiap 2 rakaat mengandungi 1 salam.

Waktunya: Mulai dari naik matahari kira-kira segalah hingga gelincir matahari (sampai masuk waktu Zuhur).

Caranya:
Lafaz Niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuhaa dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


Kemudian takbiratul ihram. Kemudian membaca surah Al-Fatihah dan disunatkan membaca surah As-Syams* pada rakaat pertama, dan pada rakaat kedua selepas membaca surah Al-Fatihah disunatkan membaca surah Ad-Dhuhaa*.

* Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT.

Doa yang dibaca setelah selesai solat Dhuhaa:

Ertinya:

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

No comments:

Post a Comment