Nabi Muhammad SAW diputerakan di Mekah, pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal tahun 571M. (Tahun Gajah).
Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu.
Baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW:
1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain
2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh
seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang
mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
3. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)
4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan
malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua
penghuni langit dan bumi.
5. Tanah-tanah di persekitaran yang
asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.
Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan
melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang
terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu
berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu
itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW:
1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim
(Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Musa). Ini menjadi
petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan
Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa
akan lahir seorang nabi akhir zaman.
2. Bondanya menyaksikan
cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari
sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan
pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada
juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.
3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua
tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika
aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan
sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah
berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan
mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan
penyembahan Yang Maha Mengetahui."
6. Gegaran berlaku di
istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang
serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan
kerajaan tersebut.
7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi
di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah
padam dengan sendirinya.
8. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir:
1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.
2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa
Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali
menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing
mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,
3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan
kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi
Rasulullah daripada panas matahari.
5. Ketika Nabi berumur
empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara
susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan
mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci
dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di
dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di
tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Masya Allah, alangkah indahnya kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Semoga dapat di renungi bersama.
credit: Wikipedia, scripter.ning.com