Pages

Tuesday, 26 February 2013

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh semua~
Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dalam lindungan-Nya jua, AMIN.
 
Hari ini saya akan mengongsikan antara cara untuk membersihkan hati. Terlebih dahulu, ingin mengucapkan Jazakillah Khayr kepada hamba Allah, Muslimah yang berkesudian untuk berkongsi sama ilmu yang berguna ini. (^^.)/ 
Dari Tuhan, melalui Al-Quran, Menerusi hamba Allah. Marilah kita sama-sama berkongsi sama, insyaAllah akan bermanfaat untuk semua.

Antara Cara Membersihkan Hati
1.Menjaga solat fardu, 5 Waktu
2. Sentiasa berdoa
3. Bertaubat atas segala dosa
4. Memperbanyakkan zikir (mengingat ALLAH SWT)
5. Jaga hubungan dengan Al-Quran
6. Sentiasa melakukan kebaikan
7. Rajin menuntut ilmu dunia dan akhirat
8. Menjaga makan dan minum

Dari menjaga hubungan dengan Allah SWT, kepada berbuat baik, kestabilan dunia akhirat, hinggalah menjaga tubuh badan. Aspek yang mudah, namun cukup untuk merangkumi kestabilan, demi menjaga dan membersihkan hati. MasyaAllah

---semoga berguna kepada semua--
Wassalam :)

Sunday, 20 January 2013


 Zikir Party Term 2 Minggu 2
18 Januari 2013 / 7 Rabiulawal 1434

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama ALlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
 "Dan Aku (Allah SWT) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Surah 51. Adz Dzaariyaat : Ayat 56)

Bila kita lihat kesekeliling kita, terdapat pelbagai ciptaan-Nya, mahupun ciptaan manusia dengan menggunakan apa yang telah di persiapkan olehNya,, seperti pohon-pohon tanaman ciptaanNya, dengan kreatifnya, kita menjadikannya sebagai kerusi, meja dan banyak lagi. Kenapa kita menjadikan barang-barang sebegini? Sudah tentu kerana fungsinya kita mahukan. Kita mencipta kerusi untuk kita duduk padanya. Begitu juga dengan meja almari. Semua fungsi ini adalah untuk kemudahan kita, pencipta barang berikut.

Namun, apa kita pernah terpikir, kenapa kita ada di dunia? Seperti yang lain, kita tercipta juga atas alasan yang tertentu. Dalam keratan ayat (51;56) di atas, sudah jelas lagi terang bersuluh, kita, manusia yang berdiri di bumi-Nya dicipta untuk menyembah Allah SWT. Dari satu soalan ke soalan yang seterusnya. Sekarang kita tahu kenapa kita dicipta.  Namun apa kita begitu jelas dengan tugas kita dan melakukannya dengan baik dan sempurna? Beribadah kepada ALLAH diartikan menyembah kepada ALLAH. Apa sebenarnya yang diertikan dengan beribadah ini? solat 5 waktu, berpuasa, naik haji dan mengeluarkan zakat? Apa dengan mengerjakan yang lima ini kita telah pun dikatakan beribadah?beriman dan menyembahnya?

Perkataan "Ibadah" atau 'Ibadat" merupakan pekataan dari bahasa arab yang membawa maksud 'Hamba' atau "merendah diri". Kita hamba kepada Maha Pencipta, ALLAH SWT haruslah menjalani hidup ini sebagai hambanya, merendah diri, mengingat-Nya dan membuat semua pekerjaan kita dengan niat kerana-Nya. Apa sahaja yang kita kerjakan, besar kecil, semua kita niatkan demi beribadah. Satu yang kita cari dalam beribadah, redha-Nya. "Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;" (92:20).

"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”" (11:61)

Ayat di atas merupakan satu lagi bukti yang mengukuhkan tujuan kita sebagai penghuni dunia, bukan hanya menunaikan lima perkara, tetapi juga sebagai penguasa dan memakmurkan bumi-Nya. Memakmurkan dan mengolah ciptaanNya dengan niat ibadah,

”Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya ALLAH swt mengetahui siapa yang menolong agama Nya (Islam) dan Rasul-rasul-Nya padahal ALLAH swt. tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (57:25)

Subhanallah. Segala puji hanya pada-Nya juga.
Jika kita sesat, Al-quran merupakan panduan kita. Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya dalam keresahan dan kegelapan. Melalui Kitab-Nya, kita diberi tunjuk jalan yang benar, jalan yang terang untuk kembali kepada-Nya, Maha Pengampum lagi Maha Pemurah. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati kita tenteram." (13:28).

Apa yang dapat kita katakan di sini, ialah beribadah dengan hati, niat melakukan semua pekerjaan kita kerana Allah SWT. Demikian sabda Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Muslim:
 
Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa kamu,
     tetapi memandang hati dan perbuatan kamu.



“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”(6:161-162)


Sampai di sini saja yang dapat kami kongsikan. InsyaAllah, dikesempatan yang lain, dan yang seterusnya, kami akan dapat berkongsi dan sekaligus memantapkan iman kita. Sentiasa ingat kepada-Nya dan betulkan niat kita. Dan sebagai renungan bersama, saya akhiri artikel ini dengan keratan ayat dari surah Al Mu'minun, ayat 112:
"Allah bertanya: "berapa tahunkan lamanya kau tinggal di bumi?" "

Sekian
Wassalamu’alaikumm.wrwb.



:Jika terdapat sebarang kesalahan dalam artikel ini, jangan segan-segan untuk menegur dalam ruangan yang disediakan. Terima kasih. :))

Zikir Party Term 2 Minggu 1
13 Januari 2013 / 1Rabiulawal 1434


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama ALlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di bawah merupakan nota dari seorang hamba Allah yang berkesudian untuk berkongsi sama. Semoga Allah merahmati mu. :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah:
·         Kalau kitani redha dan pasrah, Allah pasti akan bagi kitani ketenangan jiwa.
·         Ni’mat yang Allah bagi arah kitani terlampau banyak
·         Manusia sering kali ‘take things for granted’.
·         E.g. We won’t sell our eyes
·         Dalam Surah Ibrahim  or An-Nahl disebutkan bahawa kitani tidak akan mampu mengira ni’mat Allah
·         Apabila kitani ada ujian e.g exam, Tanya diri sendiri macam mana hubungan kitani dengan Allah?
·         Dalam kitani menangani ujian, kitani PERLU jaga HUBUNGAN DENGAN ALLAH.

Macam mana tu?  Some Tips:
1.       Perlu ingat apabila kitani jaga hubungan kitani dengan Allah, InsyaAllah Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia. (No worries J) E.g. kitani make sure we jaga our prayers on time, before lecture time, but at the same time kawan akan mengajak kitani lunch out, but kitani prioritise our obligation dengan Allah, yakin that your friend is far away from thinking you’re ambung, ada kali lagi ia have much respect for you. InsyaAllah lapar pun jadi kureng tu..yakin Allah will take care of you.. which comes to the next point..

2.       Bersangka baik dengan Allah.
Yakin Allah is our Best Planner and He wants the BEST for us. Mungkin apa yang usul baik untuk kitani, sebenarnya inda the best, tpi apa yng ikut logic kitani inda bisai, yatah tu yang terbaik. Sesungguhnya ilmu Allah NADA TERBATAS, NO LIMIT. Manusia, kitani, our thoughts, no matter how much we stretch it to the furthest end, fact is there is an end to it.  Allah knows best, He Loves us more than we love ourselves.

3.       Isi hati dengan ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Manakan cinta kalau tak kenal (esseh.. hehe).   Rajinkan diri untuk menghadiri majlis2 ilmu (baiktah kajap.. 5 min pun ok.. kira 5 min u know more about Allah :), baca buku2 mengenal Allah, dgr lectures,  dgr tazkirah dri kawan2..  ada banyak cara/wasilah insyaAllah. Untuk pahamkan ilmu atu, hendaklah kitani AMALkan
·         Imagine pantai (ka azan sukeee sngt pantai esp time liat sunset), hati terasa begitu tenang for some. Kalau dengan ciptaan kitani rasa tenang, apatah lagi dengan Penciptanya

4.       Kitani perlu sentiasa BERSYUKUR kepada Allah. Salah satu caranya ialah untuk MUHASABAH DIRI.
·         Talk by Ustaz Sammali
o   KUNCI itu tersangatlah penting.  Kalau ia ilang, kitani boleh jadi marah, kecewa, panik, inda tentu rasa,
o   One way to get Kunci, mesti FOCUS

PERBAIKI AMALAN KITANI
·         Check Al-Mulk Ayat 2
o   Allah inda mention siapa lebih banyak amalannya tetapi siapa yang lebih IHSAN amalannya. It is more on the QUALITY rather than the quantity.
o   Dalam sebuah hadith, HR Baihaqi, disebutkan bahawa Allah suka siapa yang buat suatu amalan itu dengan ELOK.
·         Khalifah Umar R.A. tamak pada NASIHAT, kitani patut sentiasa TAGIH pada nasihat
·         Same thing, kalau kitani inda tau, paham, kena cari2, tanya2 sampai kitani paham.
JANGAN TINGGALKAN SEMBAHYANG DAN JAGA AURAT
o   Amalan yang PERTAMA sekali yang akan ditanya pada hari Qiamat ialah SEMBAHYANG. Kalau sembahyang kitani KO, amalan yang lain balum tantu kena pandang.
o   Dri Ustaz Azhar Idrus, kena Tanya
o   Apa hukum lelaki pakai pakaian/seluar ketat tapi inda jelas Nampak bentuk badan
Jwpn: Makruh Hukumnya
Tapi kalau ketat, sampai luan tight, jelas segala.. HARAM
o   Kalau perempuan pakai pakaian ketat
Jwpan: HARAM
o   Kena careful, kalau pakai hand sock, tidak cukup hanya memakai atu untuk cover the whole arm, sebab masih jugak menunjuk bentuk lengan atu, guna something longgar instead J
                Perumpamaaan Lelaki dan perempuan, seperti kereta kancil dan Lamborghini..  pokoknya Perempuan kena lebih menutupi aurat untuk menjaga diri.
o   Quote from Hamka:
Kalau hidup sekadar hidup, babi hutan pun hidup, kalau kerja sekadar bekerja, kera di hutan pun kerja.

o   Manusia sangat untung, diberikan akal.

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM KECEMERLANGAN
1.       Niat kitani perlu selalu F5
2.       Kena ikhlaskan segala perbuatan kitani atu kerana Allah
3.       Pandai control diri. Time2 stress, baca Al-Quran… Hanya dengan mengingati Allah, Hati akan men jadi tenang.
4.       Pandai jaga waktu. Sembahyang on time atu mengajar kitani untuk discipline dalam time management.
5.       Sentiasa biasakan meja kerja kitani atu bersih.. supaya inda kaluk2 pikiran.
6.       Sentiasa berdoa pada Allah dari awal hingga akhir. Mulakan apa saja dengan memohon pertolongan pada Allah.

Ar-Rad: 11
Allah inda akan mengubah nasib suatu kaum atu sehingga ia mengubah nasibnya sendiri…


Wallahu’alam…. 

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami menerima teguran andai ada kesalahan dalam isi kandung nota ini.

Thursday, 6 December 2012

Peringatan bersama

Zikir Party Minggu ke-9
30 November 2012

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
(Surah Al-'Ankabut  ayat 64)

Di dalam Al-Quran, Allah memperingatkan hamba-hambaNya bahawa dunia ini hanya senda gurau dan permainan semata. Dunia ini umpama 'playground'. Banyak permainan yang menyeronokkan. Kita ke playground buat masa yang singkat, masa yang terhad. Keseronokkan yang dirasakan bersifat sementara. Sudah habis bermain, kita kembali ke tempat asal i.e. tempat tinggal kita. Perumpaan ini Allah berikan untuk memperingatkan kita bahawa dunia ini bersifat sementara. Kita berada di sini buat jangka waktu yang telah ditentukan Allah. Memang banyak perkara yang menyeronokkan di dunia ini. Tidak dinafikan. Tetapi Allah mengingatkan dan memberitahu hamba-hambaNya bahawa kehidupan asal kita yang bersifat kekal ialah kehidupan akhirat.

Dalam ayat seterusnya Allah berkata,

"Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada-Nya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka kembali menyekutukan (Allah), biarlah mereka mengingkari  nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran). Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)."

Jangan kita lupa akan Allah setelah Allah memberi kesenangan kepada kita, setelah Allah memperkenankan permohonan kita kepada-Nya. Jangan kitani kufur akan nikmat Allah. Apa yang kita buat (kekafiran yang kitani buat) hanya menzalimi diri kita sendiri. Mungkin akibatnya tidak nampak pada ketika itu, tetapi akibatnya akan Allah perlihatkan di kemudian hari. 

Manusia memang bersifat lalai dan lupa. Mudah tenggelam dalam kehidupan dunia dan mudah melakukan dosa. Tapi jangan ini dijadikan alasan untuk tidak berubah, untuk tidak kembali kepada Allah, untuk tidak berjihad di jalan Allah. Jihad disini tidak semestinya bermaksud berperang di jalan Allah. Jihad juga bermaksud bersungguh-sungguh, iaitu bersungguh-sungguh mencari redha Allah. Apabila kita berjihad di jalan Allah, kitani benar-benar ingin mencari kebenaran, benar-benar ingin kembali ke jalan Allah, Allah pasti akan mempermudahkan perjalanan dan urusan kitani, dengan menunjukkan kitani ke jalan-jalan-Nya. Bukan atu saja. Allah membagitau jua bahawa Dia akan bersama-bersama kitani jua pada ketika itu.  Ini janji Allah, yang tertulis dalam Al-Quran  dalam surah yang sama seperti di atas, ayat 69.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

 Masyaa-Allah! Sungguh Allah Maha Pengasih dan Penyayang akan hamba-hamba-Nya. 

Bayangkan dalam situasi kitani betanya arah urang di mana, for example, bus stop dari train station Coventry. (Saya bagi example ani pasal saya tau kalau urang yang baru-baru, memang payah mencari ni ;p) Tani betanya arah urang ani, kemudian urang ani menulung kitani bagi tau dimana. Bukan atu saja, urang ani ikut jua bejalan sama-sama kitani ke bus stop atu sebab ia tahu payah mencari, dan jua ia takut kitani salah jalan, or sasat. Walaupun ia mungkin ada kesibukan yang lain, tapi sebab kitani minta tulung, ia sanggup buat cematu rah kitani. Apa perasaan kitani masa atu? Baik jua urang ani, terima kasih banar-banar kitani kan urang atu. Bayangkan pula sekiranya Allah yang berbuat sedemikian kepada kitani apabila kitani memohon petunjuk Allah kejalan kebenaran. Masyaa-Allah! SubhanAllah! Besarnya nikmat Allah bagi arah kitani. Nampak benar Allah ingin kitani berada di jalan-Nya sebab Allah sayang sangat akan kitani. Sebab jalan Allah, iaitu agama Islam adalah jalan/agama yang sebenar. Inilah yang dimaksudkan dalam kata-kata, "Selangkah kita berjalan kepada Allah, seribu langkah Allah datang kepada kitani." :')

Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan kehidupan kitani di dunia. Banyak sangat peringatan, ilmu, pengajaran, sejarah dan bermacam-macam lagi, yang boleh tani gunakan untuk kebaikan kitani jua. Amalkan membaca Al-Quran setiap hari. Mungkin boleh dimulai dengan membaca satu muka surat setiap hari. Selepas membaca, baca juga terjemahannya, renungkan apa yang Allah ingin bagitau kepada kitani. Jangan takut untuk intepret kata-kata Allah dalam Al-Quran ketika sendiri, hanya kerana takut bergurukan syaitan. Pernah dengar kata-kata cematu kan? Minta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam sebelum membaca, niatkan supaya kitani mendapat kebaikan dari apa yang kitani baca, dan berdoa dan berlindung kepada Allah dari kesesatan. In shaa Allah, dikala tani buat sedemikian, Allah akan bersama kitani, dan Allah juga yang akan mengajarkan kitani. Jika ada suatu kemusykilan, atau tidak paham kata-kata Allah, bertanya kepada orang yang alim, yang lebih berilmu :)

Hidayah adalah milik Allah. Selalu lah kitani meminta hidayah dan petunjuk Allah. Jika kebenaran yang kita cari, in shaa Allah, kebenaran lah jua Allah berikan. Hidayah ini bukan semua yang boleh memiliki.  Kadang-kadang alasan yang orang bagi sekiranya ditegur atau ditanya kenapa masih melakukan kekafiran (melanggar perintah Allah), mereka berkata "belum sampai seru", "belum dapat hidayah" dan bermacam-macam alasan yang lainnya yang membuat kitani menarik nafas dalam. Memang Allah tidak memberi hidayah, tapi tanya dulu diri sendiri, "kenapa Allah belum beri hidayah?". Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang ter 'miss' dari pengetahuan Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang berada dihati kitani. Allah lebih kenal kitani dari kitani kenal diri kitani sendiri. 

Kalau dalam hati kitani memang ingin dan ikhlas untuk berubah, benar-benar berubah, mana mungkin Allah tidak beri hidayah. Kalau ingin berubah dan mendapat hidayah Allah, ambil selangkah demi selangkah, even just baby steps untuk kembali kepadanya. Tani mulakan sendiri untuk berubah. Tani berusaha berubah sendiri, kuatkan hati. Walau banyak dosa-dosa yang lalu, kembali kepada Allah, bertaubat kepada Allah sebab hanya Allah yang dapat memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya Jangan hiraukan apa pandangan orang lain mengenai perubahan kitani. Kalau kitani takut berubah sebab takut kata-kata orang, kitani atu hanya mencari redha manusia, bukan redha Allah. Kalau redha Allah yang dimahukan, in shaa Allah, kuatkan hati, berubah sedikit demi sedikit dan istiqamah, Allah akan permudahkan kitani dengan memberi petolongan dan kemudahan. Allah tidak akan mengubah nasib kitani sebelum tani sendiri berubah. Ani Allah ada bagitau kitani dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11.

Jadi, mulakanlah sendiri perjalanan jjihad mu wahai saudari. Allah akan bersama mu :))

Sekali mendapat hidayah atau petunjuk Allah, ianya tidak akan berhenti disana. Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya secara berterusan. 

"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dengan menganugerahi ketakwaan mereka." 
Surah Muhammad, ayat 17

Setelah mendapat petunjuk Allah, peganglah kuat-kuat petunjuk Allah itu. Jangan lepas kan sewenang-wenangnya dan sia-siakan. Jangan setelah diberi petunjuk, tani kembali kafir. Kuat kan hati untuk istiqamah. Ada satu doa yang boleh kitani amalkan untuk memohon mendapatkan ketetapan hati, in shaa Allah, dalam Surah Ali Imran ayat 8 yang bermaksud:

"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

Sebagai renungan bersama, saya sertakan kata-kata peringatan dari seorang hamba Allah,

'Don't try to please the creations, but try to please the Creator first.'

Wallahualam bisawab. 

Jika ada sebarang kesalahan dalam artikel ini, jangan segan-segan untuk menegur dalam ruangan yang disediakan. Terima kasih. :))



Tuesday, 27 November 2012

A Sinful Slave

 Zikir Party
23/24 November 2012


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh,
Di kesempatan yang sudah, Alhamdulillah, kita dapat berkongsi sama mengenai 'A Sinful Slave' yang setengah dari kita telah dengar dari organisasi I Am Alima (check this awesome website too~ http://iamalima.org/blog/ ).

Bila kita membincangkan mengenai wanita yang mencipta sejarah dalam Islam dan wanita terhebat dalam Islam, kita sering menyebut Siti Aisyah Ummul Mukminin,Sumayyah wanita pertama gugur mati syahid atau Khadijah yang pertama mengakui kenabian suaminya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan sebagainya. Benar, mereka semua wanita mulia dalam sejarah Islam, namun kita lupa akan ibu kepada semua manusia di muka bumi ini, yang juga isteri kepada manusia pertama diciptakan Nabi Adam Alaihissalam, iaitu Siti Hawa.

Kita lupa akan beliau kerana kita memberi alasan bahawa tidak banyak maklumat yang kita ketahui mengenai Siti Hawa. Sebenarnya cukup sudah maklumat mengenai Siti Hawa untuk kita lebih mengenali beliau. Semoga dengan artikel yang ditulis ini, sedikit sebanyak dapat kita mengenali dengan lebih dekat siapa Siti Hawa.

Hawa ialah isteri kepada Nabi Adam Alaihissalam. Beliau diciptakan untuk mendampingi Nabi Adam a.s  seperti yang termaktub dalam Al-Quran:

"Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (Q.S. Al-Baqarah [2]:35)

  Musuh terbesar mereka adalah Iblis. Kerana hasad dengki, Iblis tidak berhenti memujuk mereka untuk melanggar larangan Allah, iaitu dengan memakan buah dari pohon yang dilarang, iaitu buah Khuldi (atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'apple') sehingga sampai saat ketika hasutan Iblis mendapat kemenangan.

''Lalu setan memperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga). Dan Allah berfirman, "Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.'' (Q.S. Al-Baqarah [2]:36)

Disebabkan mereka makan buah Khuldi tersebut, mereka physically exposed. Disebabkan itulah, Hawa adalah wanita pertama yang telah hilang kehormatannya (modesty).

Meskipun mereka telah sekali melanggar larangan Allah, mereka tidak terus menerus melakukan dosa. Mereka kembali kepada Allah dengan bertaubat nasuha. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lalu Allah menerima taubat mereka. Satu pengajaran yang terbesar yang boleh kitani ambil dari cerita ini ialah jangan sesekali kitani putus asa dari rahmat Allah. Kembali lah kepada Allah dengan bertaubat sekiranya telah melakukan dosa. Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Hawa  merupakan ibu kepada pembunuh pertama di muka bumi ini, iaitu Qabil. Dalam masa yang sama beliau juga adalah ibu kepada hamba Allah yang sangat baik hati, Habil, iaitu manusia pertama yang telah dibunuh oleh saudara kandungnya sendiri dengan tidak adil. Cuba kitani bayangkan sekiranya kitani berada dalam posisi Hawa pada ketika itu. MasyaAllah. Keperitan yang ditanggung Hawa. Ketabahan dan kesabaran beliau yang tidak terhingga inilah yang patut kita contohi. Hawa mencipta sejarah sebesar wanita-wanita yang disanjung dalam Islam. Beliau lah juga, bersama suaminya Adam a.s, yang telah memulakan perjalanan taubat dari kesalahan dan kelalaian mereka sehingga mereka di turunkan ke bumi.

Jika kita renungkan kembali, pada zaman ini, berapa banyak wanita yang berdiri untuk mengembangkan dan menegakkan Islam yang kitani ketahui. Banyak sebenarnya sekiranya kita hendak selidiki satu persatu dan merekalah yang patut kita jadikan contoh atau 'role-model'. Tetapi di zaman yang serba moden ini, kebanyakkan dari kitani menjadikan artis-artis dunia hiburan sebagai role-model. Walhal mereka hanya menekankan mengenai kecantikan fizikal sahaja.

 Di dalam Islam, wanita boleh berdiri dan berani tampil kehadapan untuk memperbaiki keadaan masyarakat sekarang asal memenuhi dua syarat. Pertama:  selagi pekerjaan itu tidak melanggar aturan Islam. Kedua: selesai dan mengutamakan tanggungjawab dalam keluarga dan sebagai individu seperti ibu, pelajar, anak dan seumpamanya.

Kitani sebagai wanita tidak berani bangkit pada masa ini untuk meneruskan perjuangan Islam di dunia serba moden ini. Ini disebabkan oleh pelajaran dan juga kejayaan duniawi yang menjadi keutamaan. Sebab yang paling utuh dan paling menakutkan ialah kerana kitani tidak mendahulukan (prioritise) akhirat. Kitani lebih cenderung memikirkan pandangan orang lain iaitu hanya mengharapkan redha manusia, yang sepatutnya redha Allah menjadi keutamaan. Kita sepatutnya seimbangkan dunia dan juga akhirat.

Sebagai wanita, kita mesti ingat mengingati antara satu dengan yang lain. Kalau kitani lihat keadaan wanita sekarang, memang kitani geleng-geleng kepala melihat. Sebagai contoh, sekiranya ada wanita mempost gambar dalam facebook dan lelaki memuji kecantikan wanita tersebut dalam ruangan komen, for example "lawa jua, bulih kenalan?" Kitani memang geleng-geleng kepala, mungkin dalam hati berkata "lain jua laki-laki ani eh,inda bisai ulahnya." Tetapi sekarang apabila lelaki tampan post gambar beliau, kitani boleh lihat betapa banyaknya wanita-wanita memberi komen yang sama macam lelaki tadi, for example "ensem eh~" dan banyak lagi komen yang tidak dapat disebutkan. Hanya perkataan Astaghfirullah berulang kali yang boleh tani lontarkan apabila membaca komen mereka.

Apa yang telah terjadi kepada kaum Hawa sekarang yang sepatutnya terkenal dengan sifat pemalu?Dimana sifat malu yang mulia dalam Islam pada diri wanita? Keadaan ini seperti sudah menjadi norma kepada kita. Banyak perkara lain lagi yang patut menjadi perhatian kitani. Kita sebagai wanita Islam patut bangkit, mengingatkan semua kaum Hawa akan akhirat. Disebabkan inilah, penceramah memulakan organisasi 'I Am Alima'. (mungkin kitani patut ada jua di Brunei)

Dalam ceramah yang diberikan, kami diterangkan mengenai 'modesty'. Wanita mestilah modest. But what is modesty? Dalam bahasa melayu, modesty bermaksud kehormatan, kesopanan, kesederhanaan, dan kerendahan hati. Modesty terbahagi kepada 3 bahagian:

1) Fizikal
2) Rohani (Spiritual)
3) Intelek (Intelectual)

Seperti yang kita tahu, modest physically bermaksud memakai pakaian  yang sopan, sesuai dengan apa yang diajarkan dalam Islam iaitu pakaian yang menutup aurat.

 Modest spiritually bermaksud patuh mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Modest intelectually bermaksud sense of humility before Allah atau dalam bahasa melayu perasaan rendah hati terhadap Allah. Inilah perkara terpenting dalam tajuk modesty. Kerana, tanpa perasaan rendah hati kepada Allah, solat dan segala amal ibadah yang lainnya dikerjakan hanya seperti rutin harian. Iaitu amalan dilakukan tanpa hati, tanpa rasa takut, tanpa rasa cinta kepada Allah, tanpa perasaan ikhlas. Disebabkan inilah kita tidak khusyuk dalam mengerjakan amal ibadah.

Untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam dalam konteks modest intelectually, penceramah menceritakan mengenai kisah Maryam. Maryam ialah wanita suci yang sangat beriman dan bertakwa kepada Allah Ta'ala. Dengan kuasa dan kehendak Allah, Maryam dianugerahkan anak laki-laki yang suci tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki. Cuba kitani bayangkan keadaan Maryam ketika itu, bebagai tohmahan masyarakat yang dilontarkan kepada beliau. Beliau lalu mengandung, dan apabila sampai saat untuk melahirkan, Maryam merasa kesakitan yang amat sangat. Ketika itu beliau bersandar pada pangkal pokok kurma. Kitani pun tahu sendiri rasa sakit melahirkan ialah sakit yang sangat tidak terhingga. Hanya Allah yang Mengetahui. Allah lalu memerintahkan beliau, melalui malaikat Jibrail, untuk menggoyang pangkal pokok kurma untuk menampung kesakitan yang Maryam rasakan. (Reference: Q.S. Maryam [16]:23-25)

Kitani tahu sakit melahirkan ini tidak terhingga dan menggoyangkan pokok kurma tidak cukup untuk mengimbangi kesakitan yang dialami. Kerana Maryam tahu dan faham ini adalah suruhan dari Allah, Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu, beliau menurut juga perintah Allah dengan menggoyangkan pangkal pokok kurma. Sikap Maryam inilah yang dimaksudkan dengan spiritual modesty iaitu merendah diri kepada Allah. Beliau percaya dan yakin kepada Allah dan berasa rendah hati kepada Allah kerana beliau tahu siapa diri ini jika di bandingkan dengan Allah, Pencipta langit dan bumi dan sekalian makhluk, Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Wallahualam bisawab.

Sekiranya ada sebarang kesalahan dalam artikel ini, jangan segan-segan memberi komen dalam ruangan yang disediakan. Terima Kasih.

Wassalam.

Saturday, 17 November 2012

 Zikir Party: Al Muhaiminun
16/17th November 2012


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warwhmatullah Hiwabarakatuh

Alhamdulillah, sekali lagi Zikir party dapat membuka mata, telinga dan hati kita dengan pengetahuan dan peringatan yang berguna dalam menjalani hidup seharian kitani. Al-Muhaiminun merupakan salah satu Al-Asmaa Al-Husna yang bermaksud Yang Maha Memelihara. Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita dari semua jenis mara behaya dan hasutan syaitan. Sama ada ia dapat dilihat dengan mata kasar mahupun benda halus dan ghaib.

Allah merupakan Pelindung kita, yang mana hanya pada-Nya lah kita harus beserah dan percaya akan semua aturan-Nya. "Semua yang baik datangnya dari Allah jua." Ayat ini sering kali kita perkatakan setiap kali kita selesai membuat sesuatu. Kenapa? Kerana kita percaya, Kita percaya Dia sentiasa memelihara setiap rangka dan langkah, bersama kita di setiap detik. MasyaAllah. Allah lah yang memberi petunjuk kepada mereka yang percaya kepada-Nya. Dia juga lah yang telah mengatur semua yang ada di dunia ini sepertimana ianya akan memberikan kemudahan dan berguna kepada kita.

Dalam Zikir Party kali ini juga ada mengongsikan isu yang terjadi kepada saudara kita di Gaza. Apapun yang terjadi, marilah sama-sama mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan bersama. Amin. Sesungguhnya  semua yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." -Al Baqarah, ayat 30.


Jazakillahu khair,
Wsalam

Wednesday, 14 November 2012

Pernah aku coba untuk menoleh kebelakang
tapi aku mula gementar
Bukan hantu atau jembalang yang ku takuti
Sakit hati, kekecewaan selalu menyelubungi
Di kala matahari mula terbit
 Aku resah
Apa mungkin ku kan bertemu dengan mereka?
Aku hidup dalam kekecewaan seorang diri
Tapi aku tahu,
Allah ada bersama setiap hambanya
Subhanallah
Aku cuba untuk membuka hati
MenghadapNya, aku tenang
Allahu Akhbar
Detik demi detik
Aku memberanikan diri
Ku toleh ke belakang
Sadar ku
Ini lah aku
Aku telah pun berhijrah
Ingin ku untuk mendapatkan redha-Nya
Aku bahagia sekarang

-Hamba Allah
Salam Maal Hijrah

Tuesday, 13 November 2012

1434AH


Assalamualaikum everyone! :)

We are reaching the end of 1433AH this Wednesday and entering 1434AH! Here are the prayers, and the translations in Malay, for ending and beginning the Hijrah year. May we all benefit from it, insyaAllah!




Selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia!

Here's to a new year. 

Love,
Bruwick.

Friday, 26 October 2012

           Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd


   


 
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha
InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan dapat menziarahi dan sama-sama menunaikan satu lagi ibadah dalam Rukun Islam. Amin